Artikel Pilihan

TAHUKAH ANDA BAHAWA MITSUBISHI DELICA YANG LAMA INI MASIH LAGI DIJUAL DI TAIWAN?

Sekali tengok pasti ramai yang keliru. Ini bukan van Mitsubishi Delica generasi ketiga tu ke? Tapi bila dua kali tengok tak macam dia pun. Macam panjang sikit kan. Eh van apa sebenarnya ni? Jangan keliru ya. Benar telahan pertama anda. Ini adalah van Mitsubishi Delica generasi ketiga yang dihidupkan kembali di Taiwan.

Jikalau pembaca semua masih ingat, Mitsubishi Lancer yang telah tamat riwayat hidupnya turut dihidupkan kembali untuk menjadi Grand Lancer. Punyalah cinta terhadap jenama Mitsubishi ni, sampaikan model van era 80an dihidupkan semula. Usah ditanya mengapa. Tapi rasanya disebabkan faktor paras rupa sebuah van masih lagi ada wujud terhadap Delica generasi ketiga ini. Generasi keempat dah tak nampak macam van sangat. Generasi kelimat lagilah. Dah serupa MPV jenis premium.

Sebenarnya kewujudan semula Mitsubishi Delica ini ke pasaran adalah hasil kerja – kerja yang dilakukan oleh China Motor Corporation (CMC). Dan CMC merupakan firma yang bertanggungjawab untuk memberikan nafas baharu kepada model lama ini dengan memakai Dynamic Shield. Badan tua, tapi muka muda belia. Tak adalah teruk sangat rasanya paras rupa Mitsubishi Delica yang hanya boleh dibeli di Taiwan sahaja.

Dari segi saiznya, panjang van ini telah mengalami sedikit perubahan. Sudah tentu ini memberikan ruang tambahan untuk membawa bagasi dan memberikan lebih rasa selesa kepada penumpang. Cukup selesa untuk membawa lapan penumpang serta bagasi yang penuh di bahagian belakang.

Bagi menggerakkan van ini, sebuah enjin lama 4G69 yang bersesaran 2.3 liter telah dipilih sebagai nadi utama. Bolehlah nak dapat kuasa sekitar 133bhp. Kini, pilihan kotak gear auto turut ditawarkan bagi keselesaan memandu. Entah jem ke tidak entah bandar Taiwan sana tu nak pakai gear auto bagai.

Dan sebagai sebuah model lama yang dilahirkan semula, sudah tentu ciri – ciri keselamatan turut dipertingkatkan. Dual Airbag ada,ABS ada, EBD ada, TPSM ada, dan Sistem Bantuan Mendaki pun turut ada juga. Kira tak adalah cikai sangat dia punya spesifikasi.

Menariknya juga, opsyen varian pikap turut ditawarkan kepada pembeli di Taiwan. Sesuai untuk perniagaan jenis runcit runcit nak mengusung barang dengan kapasiti seumpama lori kecil.

Beruntung sebenarnya rakyat Taiwan yang meminati jenama Mitsubishi. Selain daripada dua model ini, sebenarnya CMC juga turut masih menjual sebuah lagi model lama, Colt yang turut diberikan perubahan kosmetik Dynamic Shield ini.

BACA : MITSUBISHI DELIVA – VAN TERKEMUKA DARI TANAH JEPUN

BACA : MITSUBISHI DELICA D5 2019 KINI DI PASARAN – RM142

Google ads

B K

Back to top button