TOYOTA GAZOO UMUM SENARAI PELUMBA 2020. SAH SEBASTION OGIER DALAM SENARAI
Pasukan Toyota Gazoo Racing sah mengumumkan kemasukan tiga pelumba baharu yang diketuai Sebastian Ogier, Elfyn Evans dan juga pemandu muda dari Finland, Kalla Rovanperä bagi melengkapkan senarai barisan pelumba bagi menghadapi saingan WRC 2020.
Setelah kehilangan pemandu utama Ott Tanak ke Hyundai, sudah tentu khabar rasmi penyertaan pemandu lagenda Sebastian Ogier ke pasukan Toyota sangat dinantikan. Pemandu yang berusia 35 tahun mengikat kontrak selama setahun sahaja memandangkan beliau terlebih dahulu mengumumkan bahawa musim 2020 bakal menjadi aksi terakhir di pentas WRC sebelum bersara.
Elfyn Evans yang berusia 30 tahun meninggalkan pasukan M-Sport setelah sebelum ini setelah memandu jentera Ford selama beberapa musim. Untuk rekod, Elfyn Evans pernah bergandingan dengan Sebastian Ogier pada musim 2017 – 2018 yang mana menyaksikan pelumba Perancis tersebut muncul juara. Sudah tentu apabila digandingkan sekali lagi diharapkan dapat membantu pasukan Toyota untuk kembali merampas kejuaraan kategori Pembuat pada musim hadapan setelah memenangi pada tahun 2018.
Manakala kehadiran pelumba muda Kalla Rovanperä pasti tidak hanya sebagai untuk melengkapkan senarai pelumba sahaja. Kalla Rovanperä beraksi bersama Skoda pada musim 2019 dan telah berjaya memenangi WRC2 Pro. Sudah tentu beliau dianggap sebagia permata baharu dalam sukan rali.
Menurut Prinsipal Pasukan, Tommi Mäkinen gandingan dua pelumba yang berpengalaman serta seorang pelumba muda yang cukup berpotensi pasti memberikan keseimbangan kepada pasukan musim 2020 nanti bersama jentera Yaris WRC.
Menurut Sebastian Ogier, sembang santai diantara beliau dan pasukan Toyota telah pun bermula semenjak tiga tahun dahulu ketika Toyota mula ingin kembali ke pentas WRC. Namun ianya tidak dapat dimeterai ketika itu. Dan baru kini ianya menjadi nyata. Menurut Sebastian Ogier lagi, beliau cukup teruja dapat bekerjasama sebuah jenama ikonik dalam sukan rali serta bergandingan bersama idola beliau, Tommi Mäkinen.
Sementara itu pasukan Toyota turut merakamkan penghargaan kepada pemandu mereka musim ini, Jari-Matti Latvala. Paling penting, ucapan penghargaan tersebut datangnya daripada Pengerusi Akio Toyoda sendiri. Menurut beliau, Jari-Matti Latvala adalah individu yang berjaya mempengaruhi beliau agar Toyota kembali ke pentas WRC, Semuanya berlaku ketika Akio Toyoda sedang menunggu di lobi hotel ketika melawat perlumbaan rali Finland. Beliau telah disapa oleh Jari-Matti Latvala yang kemudiannya perasan bahawa beliau adalah orang penting dari Toyota. Jari-Matti Latvala telah bercerita dengan penuh rasa gembira tentang Corolla dan Celica ketika itu. Dan disebabkan perbualan itulah terbuka pintu hati beliau untuk mengesahkan kembali penyertaan Toyota ke pentas WRC setelah menghilangkan diri selama berbelas tahun.
Yang pasti kini, Jari-Matti Latvala dan Kriss Meeke bakal berebut kerusi pemandu bersama pasukan M-Sport setelah dilepaskan Toyota.
BACA : TOYOTA KEMBALI SERTAI WRC
BACA : PRESIDEN TOYOTA TUBUHKAN KUMPULAN 7 SAMURAI HADAPAI PERSAINGAN MASA DEPAN