Buletin

TEKNOLOGI KERETA ELEKTRIK DI CHINA BERMASALAH. LEBIH 10% KERETA YG DIJUAL DIPANGGIL SEMULA

Buat masa ini, China mengetuai perlumbaan di seluruh dunia dalam pengeluaran dan jualan kenderaan elektrik, tetapi isu kualiti kini merupakan masalah yang terpaksa dihadapi mereka.

Gergasi Asia itu mula merancakkan pengeluaran kenderaan tenaga baru (NEV) pada tahun 2015 dengan memperkenalkan strategi perindustrian ‘Made in China 2025’.

Banyak wang telah diperuntukkan kepada pengeluar kereta dan pengeluar bateri melalui subsidi dan kerajaan China turut mengeluarkan syarat wajib pengeluaran kenderaan elektrik tanpa mengira kapasiti permintaan pasaran. Tarif cukai baru juga telah dikenakan di atas kereta import untuk menggalakkan penduduk tempatan membeli kenderaan yang dibina di China.

Strategi ini memang berjaya. Pada tahun 2018, pengeluar kereta China menjual 1.2 juta kenderaan berasaskan elektrik yang kebanyakannya mempunyai kuasa elektrik sepenuhnya. Negara ini mempunyai matlamat untuk menghasilkan 2 juta jualan NEV pada tahun 2020 dan ia berada di landasan untuk mencapai matlamat itu. Walau bagaimanapun, media Cina telah mula mendedahkan isu yang timbul dari pengeluar tempatan.

Pada 2018, sejumlah 135,700 NEV telah dipanggil semula (recall) di seluruh China. Ia bersamaan dengan lebih daripada 10 peratus daripada jualan NEV keseluruhan.

Mereka mendakwa bahawa kebanyakan isu berkaitan dengan bateri, dengan sekurang-kurangnya 40 kenderaan terbakar secara tiba-tiba. Isu umum yang lain termasuklah bateri terlalu panas, kerosakan transmisi, odometer dan kapasiti bateri yang cepat habis dari yang sepatutnya.

Agak mengejutkan juga dalam satu kajian yang dibuat di China mendapati hampir 70 peratus responden menyesal membeli NEV.

Google ads
Back to top button