BuletinMotosikal

APRILIA RSV4 X EDISI SUPER TERHAD. 225HP, 165KG SAHAJA!

Sempena memperingati ulangtahun ke 10 kelahiran superbike ikonik mereka, Aprilia hari ini melancarkan edisi terhad RSV4 X. X – yang bermaksud 10 dalam angka Roman mengambil maksud kelahirannya selama satu dekad.

Untuk menjadikannya lebih eksklusif, hanya 10 unit sahaja jentera ini akan dibina untuk jualan. Namun begitu, ia hanya boleh ditunggang dalam trek perlumbaan sahaja – kerana ia tidak menepati spesifikasi kegunaan jalanraya.

Apa yang istimewanya?

Enjin dengan spesfikasi RSV4 Factory berkapasiti 1100 cc, V4 dengan sudut 65° nya, ini didakwa menghasilkan sejumlah 225 Hp. Ia digandingkan dengan kotak gear ANN atau Aprilia No Neutral gearbox di mana sistem kenaikan posisi gearnya untuk neutral diletakkan ke paling bawah dan gear 1 – 6 diangkat ke atas.

RSV4 X turut didatangkan dengan talaan semula intake camshafts dengan rekaan baru, valve return springs dan engine caps yang disalin daripada teknologi WSBK. Selain itu ialah penggantian valve bucket tappets yang memastikan kenaikan tinggi lift dari camshaft yang menepatis pesifikasi perlumbaan yang “kasar”.

Lebih menarik lagi, Berat keseluruhan Aprilia RSV4 X ini hanyalah 165 Kilogram. Ia dicapai menerusi penggunaan rekaan badan full carbon fiber, serta beberapa bahagian yang menggunakan aluminium billet.

ia juga dibantu oleh roda Marchesini forged yang diperbuat dari magnesium. Sistem ekzos dari Akrapovic dengan silencer Carbon dan paip full titanium.

Tak ketinggalan ialah pengangkup depan Brembo GP-4 MS yang ringan serta rotor Brembo T-drive di kedua sisi suspensi depan Öhlins. Unit yang dijual ini sudah termasuk tayar Pirelli Diablo Superbike full slick depan dan belakang. Dikasih yang wet tire gak yah kira kira? Hmmm . . .

Untuk sebuah jentera yang telah bersedia untuk perlumbaan seperti ini, ia dijual pada harga Euro €39.900 atau sekitar RM184,000 (ni belum masuk segala cukai mak nenek lah)

Tempahan hanya dibuka pada bulan depan dia atas talian. Bakal pembeli juga akan menndapat pakej lawatan eksklusif ke kilang Aprilia di Noale, Itali.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button