Buletin

TEMPAH KERETA VW DI SHOPEE, TERIMA GANJARAN SEHINGGA RM14,819

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dilihat terus mengukuhkan kehadirannya dalam platform jualan online di Asia Tenggara apabila melancarkan kedai rasmi di Shopee.

Sempena jualan tengah tahun 7.7 yang bakal tiba, VPCM menawarkan tawaran eksklusif untuk kereta yang ditempah di Shopee bermula 23 jun hingga 7 Julai 2020.

Pelanggan hanya perlu membayar RM199 untuk layak menerima ganjaran bermula RM4,279 hingga RM14,819 bergantung kepada model yang dibeli.

Ganjaran itu merangkumi penjimatan eksklusif dalam taliam, penyerahan percuma ke rumah dalam radius 20km dari pengedar, pakej sanitasi percuma bernilia sehingga RM150 dan camper Volkswagen LEGO berharga RM499.

Tujuh pelanggan bertuah yang membeli kereta Volkswagen di antara 23 Jun hingga 7 Julai 2020 berpeluang memenangi baucar Shopee sebanyak RM700.

Kerjasama Volkswagen dan Shopee nyata selari dengan prinsip reka bentuk jenamanya yang baru iaitu ‘digital-first’.

Untuk menempah Volkswagen di Shopee, sila layari laman web: shopee.com.my/volkswagen.os

Google ads
Back to top button