Artikel Pilihan

PEMANDU TERSELAMAT WALAUPUN KERETA DIPANDU TERJUNAM KE DALAM GAUNG – TOLONG BERI PERHATIAN SEMASA MEMANDU

Kebanyakan kemalangan berlaku bila pemandu terlalai ataupun gagal fokus dalam pemanduan. Mengalihkan pandangan dari jalan raya di hadapan walaupun cuma sedetik memang mengundang padah. Contoh terbaik ialah pemandu Honda CR-V dari Oregon ini yang tercampak ke dalam gaung sedalam lebih 60 meter.

Rakaman kamera papan pemuka yang dimuatnaik di laman FB Oregon State Police menunjukkan sebuah Honda CR-V gagal membelok di selekoh sebelum melanggar tanjakan menyebab ia terlancar ke dalam gaung. Jarang dapat kita lihat aksi sebegini secara langsung dalam dunia sebenar.

Namun syukurlah kerana nyawa si pemandu masih lagi panjang dan menurut Oregon State Police pemandu mengalami kecederaan sederhana dan tidak mengancam nyawa. Selepas kejadian, pemandu berjaya merangkak keluar dari kenderaan sebelum dibawa naik ke atas tebing oleh pasukan penyelamat menggunakan tali. Beliau kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Kemalangan tersebut berlaku Isnin lepas pada jam 10.42 pagi di Clackmas County tenggara Portland. Buat masa sekarang tiada saman dikenakan kepada pemandu atas kemalangan tersebut. Mungkin atas budi bicara kot tapi mungkin juga pihak polis di sana mahu mendapat gambaran sebenar.

Boleh jadi kerosakan mekanikal dan boleh jadi juga kelalaian pemandu. Apa pun ini wajar menjadi iktibar untuk kita semua supaya memberikan perhatian yang lebih semasa memandu. Tak payahlah nak layan sangat mesej-mesej ataupun notifikasi semasa memandu. Murah sangat ke nyawa korang?

https://www.facebook.com/watch/?v=376247285260457&cft[0]=AZUqJpT04Tm5kwVLD9MitMAFWGLCqlkDZTnzLsZ5yM31YfCvZ1fCcEzbujQyl__Y3w0aRoKldp19zvsZ2aRfDT_XDrMC6fIJUNR3B8MFWqmD0mEzXlUjj4U-xfxVEeZ2mypVGSqZVctUvZiifDQ6xulRbDlYUVs6SYIPWtDL3-VHvekjcmqe_6-HrYHlg_paEtk

Kredit Motor1.com

Google ads
Back to top button