
TENTERA UDARA DIRAJA UK HENTIKAN PENERBANGAN KERANA LANDASAN DI OXFORDSHIRE CAIR
Tentera Udara Diraja (RAF) United Kingdom (UK) dilapor terpaksa menghentikan penerbangan masuk dan keluar dari pangkalan udara terbesarnya di Oxfordshire kerana landasan terbangnya cair pada Isnin.
Landasan terbang Brize Norton itu cair akibat cuaca panas, kata sumber tentera yang dilaporkan oleh portal berita Express. Keputusan itu dibuat untuk memastikan tiada kesan ke atas operasi dan berlaku ketika suhu menghampiri 40 darjah Celsius di Britain.
Dalam satu kenyataan, pihak RAF mengesahkan penerbangan dialihkan ke tempat lain dan menyatakan bahawa lencongan itu tidak mengganggu urusan ketenteraan.
Penerbangan juga digantung di Lapangan Terbang Luton kerana masalah landasan terbang akibat cuaca panas dengan pesawat dilencongkan ke lapangan terbang berdekatan.
Kenyataan yang disiarkan ke akaun Twitter Luton berbunyi: “Berikutan suhu tinggi hari ini (Isnin), kecacatan permukaan dikenal pasti berlaku di landasan (terbang). – Agensi

