Motosikal

YAMAHA NMAX 2022 HADIR DENGAN WARNA HIJAU DAN BIRU MATTE BAHARU. BERMULA RM9,498 SEUNIT

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini melancarkan skuter NMAX 155 dengan kemasan warna dan grafik baharu ke pasaran tempatan. 

Ini merupakan model terkini yang mendapat pilihan warna baharu selepas Yamaha MT-15, MT-09 dan terbaharu YZF-R15M yang dilancarkan pada Jun lalu. 

NMax 2022 hadir alam dua warna iaitu biru dan hijau matte. Harga yang disarankan ialah bermula RM9,498 (tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran). Setiap pembelian akan dihadiahkan dengan kunci cakera Yamaha bernilai RM100. 

Nmax dikuasakan oleh enjin empat lejang SOHC bersesaran 155cc dengan sistem penyejukan cecair. Enjin yang dipadankan dengan kotak gear jenis tali sawat V-automatik itu mampu menjana kuasa sekitar 15.4PS dan tork 13.9Nm.

Hadir dengan tangki 7.1 liter, skuter itu menawarkan penggunaan bahan api yang menjimatkan. 

Dinamik tunggangan dibantu oleh suspensi hadapan jenis teleskopik dan lengan ayun di belakang. Sistem brek pula terdiri daripada cakera tunggal hidraulik bersaiz 230mm tanpa ciri ABS. 

GALERI

Google ads
Back to top button