Motosikal

BUKA KOTAK JENTERA WSBK DUCATI, TINDAKAN BODOH DAN MEMALUKAN NEGARA – TENTERA BAWANG INDONESIA

Pasukan WSBK Ducati menerima kejutan tidak diduga apabila kotak kargo yang mengandungi jenteranya telah dibuka oleh seorang kakitangan Persatuan Grand Prix Mandalika (MGPA) di Litar Mandalika, Lombok Indonesia.

Dalam video dan foto yang tular itu, individu berkenaan dilihat bergambar dan mengusik jentera yang bakal ditunggang oleh pelumba Micheal Rinaldi. 

Insiden itu nyata membuatkan Pengarah Sukan Ducati, Paolo Ciabatti sangat marah sambil menyatakan kali terakhir ia berlaku pada 40 tahun lalu dan ‘hanya terjadi di negara dunia ketiga’. 

Selain pasukan, hanya pegawai kastam dan pihak berkuasa dibenarkan untuk membuka kotak kargo tersebut. 

“Kami sangat kesal dan memohon maaf. Insiden ini di luar kawalan kami dan individu terbabit telah dipecat,” kata Pengarah Eksekutif WSBK, Gregorio Lavilla. MPGA bagaimanapun menafikan lelaki itu ada kaitan dengan mereka. 

Tidak dapat dipastikan sama ada kotak lain ada dibuka atau sebaliknya kerana siasatan sedang giat dijalankan. 

Apabila semakin banyak laporan diterbitkan, saluran YouTube yang menyiarkan video buka kotak itu, Soul kuta Lombok dilihat telah memadamkan entry berkenaan. Dalam satu penjelasan yang diedit sekurang-kurangnya sekali, mereka mendakwa kotak tersebut sudah dibuka oleh pegawai kastam dan menyatakan apabila ia dirakam, kotak itu sudahpun dibuka.  

Individu yang membuat rakaman juga mengakui kesilapan dan mendakwa dia tidak tahu bahawa video itu tidak sepatutnya disiarkan. 

Netizen Indonesia menyifatkan sikap mereka yang terlibat dalam insiden itu sebagai bodoh dan memalukan Indonesia. Malah, soerang wakil rakyat mendesak penganjur memohon maaf. 

Untuk rekod, pusingan ke-13 WSBK dijadual berlangsung buat pertama kali di litar Mandalika pada 19 hingga 21 November 2021. 

Google ads
Back to top button