Buletin

AUTOPILOT BERMASALAH, TESLA PERLU BAYAR GANTI RUGI RM503K KEPADA PEMILIK MODEL X

Seorang pemilik Tesla Model X di Jerman mendakwa teknologi Autopilot pada EV beliau tidak berfungsi dengan baik.

Kini, mahkamah memutuskan Tesla perlu membayar kembali sebanyak $113,000 (RM503,641) kepada pemilik Model X tersebut.

Berdasarkan siasatan dan ujian yang dijalankan, Tesla Model X tersebut menghadapi masalah untuk mengesan dan menentukan kawasan berhalangan, jalan yang sempit serta zon pembinaan selain berdepan dengan masalah phantom braking.

Laporan Der Spiegel menyebut, masalah ini mampu meninggikan risiko kemalangan terutama di kawasan berpopulasi tinggi.

Peguam Tesla menolak keputusan mahkamah tersebut dengan menyebut Autopilot tidak direka untuk trafik di kawasan bandar, sebaliknya untuk pemanduan di lebuh raya.

Namun, pihak mahkamah memutuskan bahawa pemandu tidak seharusnya bertanggungjawab untuk mengingati sama ada ciri bantuan tersebut telah diaktif atau dipadamkan pada jalan tertentu. Ini kerana ia mampu untuk mendatangkan gangguan tumpuan kepada pemandu.

Tesla pada ketika ini sedang membangunkan teknologi Full Self-Driving yang boleh digunakan pada jalan-jalan bandar, namun ia kini masih lagi di dalam ujian peringkat beta dan belum boleh digunakan sepenuhnya di Eropah. – InsideEVs

Google ads
Back to top button