Motosikal

TERKINI: GWM SOUO S2000 SAH MASUK MALAYSIA – 152HP, 460KG

Baru-baru ini beberapa media tempatan telah pun dibawa ke China bagi menghadiri Shanghai Motor Show 2025.

Acara tersebut membuka peluang kepada pengeluar kereta China mempersembahkan beberapa model baharu yang bakal tembusi pasaran global termasuk Malaysia.

Bagaimanapun,Great Wall Motor (GWM) turut menggunakan peluang itu untuk mempertontonkan Souo S2000 – yang merupakan jenama ‘spin-off’ motosikal – kepada media Malaysia.

Terbaru, kami difahamkan bahawa Souo S2000 ini akan turut dipasarkan di Malaysia. Bagaimanapun, motosikal tersebut tidak akan dijual oleh pihak GWM sebaliknya oleh pengedar lain.

Menurut sumber,perbincangan antara GWM dan pihak pengedar tempatan itu sedang berlangsung ketika ini. Ini bermakna,pasaran motosikal tempatan akan menerima sebuah tourer serba baharu yang akan memberi saingan kepada Honda GL1800 Gold Wing tidak lama lagi.

GWM memaklumkan bahawa S2000GL dikuasakan enjin 8-silinder 1,999cc dan dipadankan bersama transmisi DCT 8-kelajuan (dual-clutch transmission). Unit ini berupaya menjana 152hp dan 190Nm. Untuk perbandingan, Honda GL1800 Gold Wing menawarkan 125hp dari enjin 1,833cc.

Apa yang mencuri tumpuan adalah aspek berat dengan Souo S2000GL (yang lengkap dengan ‘panniers’, ‘top box’ dan penyandar) diletakkan pada 460kg sementara Gold Wing varian Tour lebih ringan dengan 383kg. Tangki bahan api berkapasiti 26.2L pula menjaminkan perbatuan tinggi tanpa perlu mengisi minyak yang kerap.

Kami akan bawakan perkembangan lanjut mengenai motosikal ni dari semasa ke semasa.

Google ads
Back to top button