
GWM MALAYSIA RASMI BUKA PUSAT 3S BAHARU DI MELAKA
GWM Malaysia terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia menerusi pembukaan rasmi pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) terbaharunya di negeri Melaka.
Pembukaan ini menjadi satu lagi langkah strategik dalam usaha syarikat untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang menyeluruh serta meningkatkan kemudahan kepada pelanggan di wilayah selatan.
Dengan keluasan 3,949 kaki persegi, kemudahan ini menampilkan ruang pamer kenderaan serta ruang menunggu yang direka khas untuk memberikan pengalaman jenama yang moden dan selesa kepada pelanggan.

Selain itu, ia turut dilengkapi dua ruang servis khusus yang mampu menampung sehingga 104 kenderaan sebulan, menjadikannya satu fasiliti yang lengkap untuk semua keperluan selepas jualan.
Cawangan 3S ini terletak di 2A, Jalan Malim Jaya 2/1, Taman Malim Permai dan merupakan bilik pameran ke-26 kendalian GWM Malaysia di seluruh negara ketika ini.
Melalui inisiatif ‘GWM Care’, syarikat terus memberi penekanan kepada kecekapan perkhidmatan, kemudahan capaian serta kepuasan pelanggan, merangkumi penyelenggaraan berkala, penggunaan alat ganti tulen dan khidmat teknikal profesional.

Bukan itu sahaja, diskaun sebanyak 20% bagi servis penyelenggaraan, alat ganti, dan cenderahati turut disediakan dalam program ini, yang berlangsung sepanjang bulan Jun 2025.
Pendekatan ini membuktikan komitmen GWM dalam menawarkan pengalaman pemilikan kenderaan yang lebih menyeluruh dan boleh dipercayai.
Untuk maklumat lanjut mengenai GWM Malaysia dan rangkaian perkhidmatannya, sila layari www.gwm.com.my







