Artikel Pilihan

GWM TAYANG ENJIN BARU – BUKAN 3 SILINDER TAPI V8 TURBO

Walaupun China adalah lubuk kepada pembangunan kereta elektrik, namun China masih lagi menawarkan ruang kepada pembangunan enjin pembakaran dalam. Buktinya ialah Great Wall Motor telah mempertontonkan sebuah enjin baru, bukan 3 silinder tetapi 8 silinder susunan V

Enjin V8 ini datang dengan sesaran 4000cc menampilkan pembagai teknologi terkini seperti sistem suntikan berkembar bagi setiap silinder, sistem penyemburan minyak pelincir berkembar untuk setiap silinder dan juga operasi putaran enjin yang dinaikkan kepada 8000 RPM

Namun enjin ini bakal dibangunkan dan dipadankan dengan sistem plug-in hybrid bagi SUV dan juga kenderaan mewah keluaran GWM. Bagi sistem elektrifikasi, satu motor elektrik akan dipadankan di antara transmisi dan juga enjin bagi membenarkan operasi elektrik sepenuhnya

Komponen hibrid ini membenarkan kenderaan yang dikuasakan oleh enjin ini beroperasi dalam keadaan bersih manakala enjin ini akan digunakan pada kelajuan tinggi di lebuh raya dan juga menunda beban yang berat di bahagian belakang cesi

Dengan kos melebihi ratusan juta dollar dilaburkan dalam enjin ini, sistem turbo berkembar pada enjin ini dijangka membolehkan enjin ini menghamburkan kuasa melebihi 510 kuasa kuda dan 800Nm tork. Antara SUV yang dijangka menerima enjin ini ialah Tank 700 Hi-4T

Google ads
Back to top button