Artikel PilihanBuletin

TESLA BATALKAN RANCANGAN BINA KILANG DI THAILAND

Berdasarkan laporan terkini, Tesla Inc. dilaporkan telah membatalkan rancangan mereka untuk membangunkan Gigafactory di Thailand dan hanya memberi fokus kepada pembangunan jaringan pengecasan Tesla Supercharger sahaja

Keputusan ini dibuat diikuti dengan pembubaran dan pemberhentian sepasukan eksekutif Tesla di Thailand. Menurut sumber berita “Tesla akan membincangkan pembangunan Tesla Supercharger sahaja, dan akan menghentikan pembangunan kilang baru di seluruh dunia termasuk Indonesia dan Malaysia, bukan sahaja di Thailand”.

Namun proses pembukaan kilang baru ini hanya akan diteruskan di China, Amerika dan juga Jerman sahaja. Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin membuat pengumuman pada bulan November 2023 berkenaan rancangan Tesla untuk membangunkan hub pemasangan Tesla serantau di Thailand selepas mesyuarat bersama eksekutif Tesla di Amerika dan Thailand.

Srettha Thavisin turut melawat kilang Tesla di Fremont California semasa persidangan ke 30 APEC Economic Leaders’ Meeting, selain mengadakan mesyuarat bersama barisan eksekutif Tesla. Pembatalan rancangan Tesla ini menyebabkan Thailand terlepas peluang pelaburan luar sebanyak 5 billion USD

Malah Thailand bukan sahaja negara yang terlibat, Tesla juga merancang untuk mengurangkan pelaburan pada semua negara Asia. Tesla juga dilihat mengambil langkah defensif dengan menangguhkan pembinaan Gigafactory Mexico, selepas calon presiden iaitu Donald Trump berhasrat meletakkan cukai import sebanyak 100%

Gigafactory Monterrey di Nuevo León telah diumumkan pada bulan March 2023 dengan rancangan untuk memulakan operasi pada suku pertama 2025. Namun kilang ini berdepan dengan pelbagai masalah, ketidaktentuan dan beberapa kali telah tertangguh di belakang jadual pembangunan

Malah menjelang bulan September 2023, vendor atau pembekal Tesla telah memperlahankan proses pembangunan kilang sokongan di sekitar Mexico berikutan perkembangan terbaru ini.

Google ads
Back to top button