MERCEDES-AMG A45S 4MATIC+ LIMITED EDITION DILANCARKAN: JANA 421HP, TERHAD 10 UNIT, HARGA RM558K
Mercedes-Benz Malaysia hari ini mendedahkan model Mercedes-AMG A45S 4MATIC+: “Limited Edition” dan hanya terhad 10 unit sahaja.
Datang dengan cat eksklusif “AMG green hell magno”, model ini membawa sentuhan eksklusif dari Mercedes-AMG GT dan Mercedes-Benz G-Class, termasuk pelekat badan “45 S” di pintu, dan lambang AMG di bonet.
Kelengkapan menarik lain termasuklah rim tempa AMG hitam matte 19-inci dengan reka bentuk seven-twin-spoke – diserlahkan lagi menerusi kemasan kuning sebagai kontras.
Padanan warna rim, kaliper brek diwarnakan hitam berkilat dengan logo AMG putih selain, dilengkapi penutup bahan api eksklusif dengan logo AMG dan projektor cahaya yang memancarkan lambang AMG.
Selain daripada AMG Aerodynamics Package, terdapat AMG Night Package, dan ini dilengkapi dengan AMG Night Package II, termasuk jalur gelap pada trim radiator serta tipografi krom hitam pada fender depan serta pintu belakang, bintang Mercedes, dan eksklusif untuk edisi ini, pemegang pintu dan bintang Mercedes dalam penutup hab rim.
Bahagian dalam “Limited Edition” juga direka khas, dilengkapi tempat duduk AMG Performance dilapisi dengan gabungan kulit buatan ARTICO dan mikro-fiber MICROCUT hitam.
Ia diserlahkan lagi melalui jahitan dekoratif kuning pada tempat duduk, panel pintu dan papan pemuka bagi mencipta kontras menarik.
Stereng dalam kulit nappa/mikro-fiber MICROCUT dengan jahitan dekoratif kuning serta elemen trim aluminium corak AMG dan tulisan AMG kemasan kuning menambah aksen pada bahagian dalam.
Bukan itu sahaja, set karpet kaki AMG dengan tulisan “45 S” dan jahitan dekoratif kuning melengkapkan lagi peningkatan dalaman.
Secara mekanikal, model ini dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 2.0 liter, berupaya menghasilkan 421hp dan 500Nm, membolehkannya memecut sepantas 3.9 saat dari 0-100 km/j.
Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi klac berkembar automatik DCT lapan kelajuan AMG Speedshift 8G, dan kuasa disalurkan ke semua roda menerusi sistem pacuan semua-roda 4Matic+.
Untuk rekod, kelajuan maksimum adalah terhad kepada 270km/j.
Dengan hanya 10 unit yang tersedia, Mercedes-AMG A45S 4MATIC+ Limited Edition boleh dimiliki pada harga RM558,888 (termasuk 10% ST) untuk Semenanjung Malaysia.
GALERI:
- BACA: TOYOTA GAZOO RACING FESTIVAL DAN GR VIOS CHALLENGE KEMBALI UNTUK MUSIM KE-7 – BERMULA HUJUNG MINGGU INI
- BACA: ISU AUTOPILOT: KELUARGA MANGSA KEMALANGAN MAUT MOTOSIKAL SAMAN TESLA
- BACA: NISSAN SEDIA PERLUAS PENGELUARAN KENDERAAN ELEKTRIK DI ASIA TENGGARA
- BACA: HONDA YE S7 DILANCARKAN LEBIH AWAL? – TAWAR JARAK GERAK 620KM, ANGGARAN HARGA RM125K