TOYOTA GAZOO RACING FESTIVAL DAN GR VIOS CHALLENGE KEMBALI UNTUK MUSIM KE-7 – BERMULA HUJUNG MINGGU INI
Toyota GAZOO Racing Festival dan GR Vios Challenge kini kembali untuk musim ke-7 di Litar Antarabangsa Sepang Petronas bermula pada bulan Ogos.
Siri ini kembali dengan hadiah wang tunai berjumlah RM630,000, lebih menarik dengan pengenalan kereta lumba Toyota Vios generasi terbaru serta menampilkan tiga kelas perlumbaan: Kelas Sukan untuk amatur dan pelumba bukan profesional; Kelas Super Sukan untuk profesional; dan Kelas Rookie TGR.
Pusingan pembukaan Toyota Vios Challenge dari 9-11 Ogos akan diadakan serentak dengan Malaysia Championship Series (MCS).
Pusingan kedua pula dijadualkan pada 27-29 September 2024 dan menandakan kembalinya Toyota GAZOO Racing Festival.
Perlumbaan ini akan disiarkan secara langsung kepada peminat, dan orang ramai.
Kalendar Toyota GR Festival, Vios Challenge Musim ke-7
Siri Perlumbaan Paling Banyak Ditonton dengan Hampir 30 Juta Penonton Dalam Talian Sehingga Kini
Toyota Vios Challenge sememangnya menonjol sebagai siri perlumbaan sangat kompetitif untuk kedua-dua pasukan dan pemandu amatur serta profesional, sekaligus menjadi medan ujian untuk bakat muda yang sedang berkembang.
Hari ini, ia merupakan siri perlumbaan tempatan paling banyak ditonton dengan hampir 30 juta penonton (dalam talian melalui siaran langsung dan di lokasi) sejak ia pertama kali diperkenalkan pada 2017.
Ini sebahagian besarnya disebabkan formatnya yang akan kekal tidak berubah sebagai siri perlumbaan – menekankan kemahiran, strategi perlumbaan serta persiapan teknikal.
Menarik Bintang Perlumbaan Tempatan dan Antarabangsa Sambil Meneruskan Pembangunan Pelumba Muda dengan Program Rookie TGR
Kembali ke Super Sporting Class dalam Musim ke-7 termasuk bekas juara keseluruhan tiga kali Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel; juara bertahan Mitchell Cheah dan bintang besar dalam perlumbaan Malaysia termasuk Eddie Lew, William Ho, Tom Goh dan Freddie Ang.
Super Sporting Class juga akan menyaksikan penyertaan pemandu muda Putera Adam, adik-beradik Naquib dan Nabil Azlan – ketiga-tiganya bekas pemandu Kelas Rookie dan juara, Bradley Benedict, Ady Rahimy, Aman Nagdev dari India.
Sporting Class pula akan melihat nama-nama terkenal seperti Dato’ Dr Ken Foo, Kenneth Koh, Dannies Ng, Shafiq Samsudin, Ricky Tan dan Lim Chun Beng kembali ke grid.
Turut serta ialah pemandu muda Elson Lew yang merupakan naib juara Kelas Rookie tahun lalu, Amirul Haikal, Timothy Yeo dan Ashen Arumugan.
Buat pertama kali menyertai Toyota Vios Challenge ialah Panithan Rakpaibulsombut dari Thailand dan Daniel Inosuke Ooi dari Singapura.
Selain itu, sebanyak 24 pemandu muda – termasuk enam pemandu terbaru yang akan berlumba dalam Kelas Rookie, Kumpulan TGR Rookies terbaru (Kumpulan ke-4).
Pemandu Rookie termasuklah Brandon Ho, (22 tahun), Adam Mikail (18 tahun), Amirul Afiq (22 tahun), Audrey Leong (17 tahun), Raja Amirul (21 tahun) dan Kingston Tan (19 tahun).
Tumpuan Musim ke-7 sudah pasti pada perlumbaan Toyota Vios generasi terbaru. Vios baru ini dikuasakan oleh enjin 1.5-liter dengan transmisi manual lima kelajuan tetapi ditingkatkan dengan platform baru serta aerodinamik diperbaharui.
Peningkatan casis ini menjadikan kereta lumba baru lebih stabil dalam selekoh, lebih responsif kepada input pemandu dan mampu mencatat masa pusingan yang lebih pantas.
Pengenalan model baru ini juga menegaskan komitmen UMW Toyota Motor kepada siri Toyota Vios Challenge untuk empat musim akan datang.
Untuk maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my/en/tgrmalaysia.
Saksikan aksi perlumbaan secara langsung di semua platform media sosial TGR Malaysia.
- BACA: ISU AUTOPILOT: KELUARGA MANGSA KEMALANGAN MAUT MOTOSIKAL SAMAN TESLA
- BACA: NISSAN SEDIA PERLUAS PENGELUARAN KENDERAAN ELEKTRIK DI ASIA TENGGARA
- BACA: HONDA YE S7 DILANCARKAN LEBIH AWAL? – TAWAR JARAK GERAK 620KM, ANGGARAN HARGA RM125K
- BACA: APLIKASI BAHARU TOYOTA BOLEHKAN PEMILIK GR YARIS DAN LBX MORIZO RR TAMBAH PRESTASI KERETA MEREKA