Artikel Pilihan

TESLA DILAPOR BATALKAN PEMBANGUNAN MODEL 2, EV TERMURAH TESLA

Tesla dilaporkan oleh Reuters telah membatalkan pembangunan projek kereta elektrik Model 2 mereka serta merta. Model 2 adalah salah satu strategi Tesla bagi memasarkan kereta elektrik mampu milik kepada lebih banyak pengguna dengan harga permulaan sekitar 25,000 USD sahaja.

Sumber yang ada atau sedang dibangunkan pula akan digunakan untuk membangunkan satu projek baru dinamakan robotaxi. Model 2 yang dibatalakn merupakan sebahagian besar rancangan masa panjang Tesla yang digariskan pada tahun 2006, dengan pengeluaran sepatutnya dimulakan pada tahun 2025 di Gigafactory Texas.

Keadaan ini menjadikan Tesla Model 3 dengan harga 39,000 USD sebagai model termurah daripada Tesla. Salah satu yang mendorong tindakan demikian ialah persaingan sengit daripada China yang mampu menghasilkan kereta elektrik semurah 10,000 USD sahaja

Jika dilancarkan, Tesla Model 3 akan menjadi produk untuk bersaing dengan Chevrolet Bolt, Nissan Leaf dan BYD Dolphin. Malah dengan permintaan yang semakin melemah di Amerika, tindakan menghentikan projek Model 2 adalah berasas. Sebagai tambahan, prestasi jualan Tesla untuk 3 bulan pertama 2024 tidak mencapai sasaran yang ditetapkan

Pakar automotif dan industri menjangkakan yang program Robotaxi yang dilancarkan untuk menggantikan Model 2 akan mengambil masa pembangunan yang lebih lama. Keadaan ini disebabkan lebih banyak regulasi dan pematuhan keselamatan berkenaan kenderaan tanpa pemandu perlu dipenuhi sebelum Robotaxi dijual.

Google ads
Back to top button