Artikel Pilihan

TESLA MODEL S PLAID TRACK PACK, CATAT MASA TERPANTAS DI NURBURGRING

Sebuah Tesla Model S Plaid Track Pack telah dirakam berupaya mencatatkan masa terpantas di Nurburgring baru-baru ini dengan catatan masa 7 minit 25.231 saat bagi satu pusingan penuh. Rekod ini telah memadamkan rekod yang dibuat sebelum ini oleh Porsche Taycan Turbo S yang mencatatkan masa 7 minit 33.35 saat

Sebagai perbandingan Honda Civic Type R 2023 pula mencatatkan masa 7:44.881 bagi kategori kereta sport pacuan roda depan. Varian Track Pack adalah varian yang dijual dengan harga RM 69,270 lebih mahal berbanding dengan varian yang biasa dengan halaju tertinggi mencapai 321km/jam

Track Pack yang ditawarkan pada Model S Plaid merangkumi kit brek seramik karbon, rekaan rim yang lebih bergaya, tayar yang lebih besar 285/35 R20 untuk roda depan dan 305/30R20 untuk roda belakang dengan menggunakan tayar Goodyear Supercar 3R.

Dalam video yang dimuat naik, varian Track Pack juga mencatatkan masa hampir 10 saat lebih pantas berbanding dengan Model S Plaid pada tahun 2021 dengan catatan masa 7 minit 35.579 saat. Jika dibandingkan dengan Track Pack, Model S Plaid hanya berupaya mencapai halaju tertinggi pada 267km/jam sahaja

Berbeza dengan Model S Plaid yang menggunakan sistem yoke, Track Pack menggunakan steering biasa bagi tujuan catatan masa terpantas dengan kelajuan tertinggi di litar ini mencecah sehingga 289km/jam. Tesla Model S merupakan kereta elektrik yang dipasang dengan 3 motor elektrik yang menjana 1020 kuasa kuda dan 1424Nm tork selain menggunakan sistem pacuan semua roda

Walaupun dipasang dengan bateri sebesar 100kWh, penggunaan motor elektrik berkuasa tinggi ini menyebabkan Tesla Model S Plaid hanya mampu dipandu sejauh 560km bagi satu pengecasan penuh. Buat masa ini rekod terpantas di Nurburgring masih lagi dipegang oleh Mercedes-AMG GT 63 S dengan masa 7 minit 23 saat.

Google ads
Back to top button