Motosikal

THUNDER MOTORCYCLE LANCAR FTS250 DI JEPUN – 29HP, 22.5NM

Thunder Motorcycle memperkembangkan tawaran model baharu bagi tahun 2026 dengan memperkenalkan Thunder FTS250 di Tokyo Motorcycle Show 2026. 

Model baharu ini bukan sebuah cruiser/chopper seperti Hardtail dan Softail sebaliknya merupakan sebuah motosikal berkonsepkan flat-track. 

Selain reka bentuk yang berbeza dengan barisan model sedia ada, FTS250 ini juga merupakan model Thunder pertama yang dikuasakan enjin satu silinder berbanding V-Twin. 

Atas kertas, enjin satu silinder 249cc dengan bore dan stroke 72mm x 61.2mm ini berupaya menjana sehingga 29hp pada 9,500rpm dan 22.5Nm pada 7,200rpm. Thunder mendakwa FTS250 ini mampu mencapai kelajuan maksima sekitar 120km/j. Menggerakan jentera adalah transmisi manual 6-kelajuan. 

Menariknya, platform 250cc itu merupakan enjin yang dibekalkan oleh CFMOTO dan merupakan unit sama yang terdapat pada CFMoto 250SR Lite. 

Dalam pada itu, sistem suspensi terdiri dari fork 41mm dan monoshock di belakang. Brek pula dikendalikan kaliper axial jenama TAISKO di depan dan dipadankan bersama cakera 260mm depan dan 220mm belakang. ABS dual-channel didatangkan secara standard. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk panel meter digital LCD, lampu LED penuh dan tangki bahan api berkapasiti 10.2L. Berat keseluruhan jentera adalah 127kg dengan ketinggian tempat duduk diletakkan pada 790mm. 

Reka bentuk minimalis menjadi inspirasi utama pada FTS250 bagi membolehkan pengguna memiliki kebebasan untuk membuat modifikasi. 

Untuk rekod, Thunder Motorcycle turut ditawarkan di Malaysia menerusi model Thunder Custom LS250-S dan hadir dengan varian Hardtail dan Softail.

GALERI: THUNDER FTS250

Google ads
Back to top button