Artikel PilihanBuletin

TIGA KERETA REPLIKA IKONIK FILEM BAKAL DILELONG JABATAN MARSYAL AMERIKA SYARIKAT

Jabatan Marsyal AS bakal melelong tiga buah kereta replika dari filem-filem terkenal susulan kes melibatkan penipuan skim perubatan yang mereka siasat. Bukan senang nak dapat beli kereta milik watak-watak utama filem tersohor ni geng walaupun sekadar replika. Ini bukannya replika yang diperbuat daripada papan lapis tetapi ianya memang boleh dipandu ke pasaraya atau ke mana sahaja.

Menurut jurucakap Jabatan Keadilan, Ryan Sheridan, pemilik Braking Point Recovery Centers di Ohio telah membuat tuntutan kepada kerajaan berjumlah USD48 juta (hampir RM205 juta) untuk rawatan pemulihan akibat alkohol dan dadah. Siasatan mereka mendapati ada unsur-unsur penipuan berlaku dan tertuduh didapati bersalah atas tuduhan tersebut.

Sheridan membuat pengakuan bersalah atas berapa tuduhan Oktober lepas dan perlu membayar balik USD24,479,939 sebagai gantirugi kepada kerajaan. Untuk mendapatkan balik wang tersebut mahkamah telah mengeluarkan arahan rampasan aset termasuklah tiga buah kereta replika ini.

Kereta pertama ialah Batmobile dan diinspirasikan dari filem Batman (1989). Kereta ini diasaskan daripada Chevrolet Caprice Classic 1995 dan menggunakan enjin 5.7L V8. Ia dimodifikasi sepenuhnya sehingga menyerupai model asal lengkap dengan turbin besar dan kanopi ala jet pejuang. Bahagian dalamnya juga lengkap dengan bentangan meter yang menyerupai Batmobile asal.

Seterusnya ialah ambulan klasik Ghostbuster yang dikenali dengan nama Ecto-1. Ia adalah sebuah Cadillac klasik tahun 1959 yang dicat dengan warna putih lengkap dengan lambang Ghostbuster, lampu kecemasan dan aksesori yang sama seperti filem asal. Dulu ada sebiji ambulan model ni dekat sebuah klinik di Bangsar Utama tapi sekarang dah tak tau kat mana. Hantu-hantu memang takut dengan kereta ni kot.

Akhir sekali ialah sebuah DeLorean yang sama seperti digunakan dalam filem trilogy Back To The Future. Ia turut dilengkapi dengan pemacu di belakang lengkap dengan segala pendawaian luaran.

Paling menarik tentulah bahagian dalaman yang diubahsuai menyerupai kereta yang juga sebuah mesin masa dalam filem tersebut.

Ketiga-tiga filem tersebut memang diminati ramai dan tidak mempunyai unsur-unsur zombie ataupun pontianak penghisap darah untuk menarik perhatian penonton.

Kereta-kereta ini akan dilelong pada 1 Ogos ini melalui Skipco Auto Auction. Bagi yang berminat tapi tidak dapat menghadiri lelongan tiada masalah sebab anda boleh menyertainya secara atas talian.

Tags
Google ads
Back to top button