,
Buletin

HONDA N-BOX JUARA LAGI DI JEPUN, NOMBOR 1 SETAKAT JUN 2020

Model manakah yang paling popular di Jepun? Mudah dan ringkas, Honda N-B0X. Dari Januari 2020 hingga Jun 2020 atau setengah tahun pertama, jualan N-BOX telah pun mencecah 101,454 unit.

Kedudukan itu sebenarnya sedikit gambaran kepada prestasi N-BOX yang gemilang untuk bertahun lamanya.

Honda N-BOX berjaya menduduki model terlaris di Jepun pada tahun 2019, 2018 dan 2017. Pada 2015 dan 2016 N-BOX ditempat kedua dan dari 2015 hingga 2019 mendominasi segmen kereta mini (kei-car).

Model yang berada di pasaran sekarang ialah generasi kedua dan dilancarkan di Jepun pada Ogos 2017. 

Generasi pertama model popular ini dilancarkan pada November 2011 dan berada di pasaran sehingga 2017. Dua lagi model iaitu N-BOX + dihentikan pada Ogos 2017 manakala N-BOX SLASH ditamatkan pada Februari 2020.

Apa yang istimewa mengenai N-BOX sehingga begitu laris? Penulis tidak dapat memastikannya kecuali reka bentuk yang menarik selari dengan gayaan terkini Honda.

 

Model ini mempunyai dua pilihan utama iaitu N-BOX yang tampil dengan gayaan bersahaja manakala N-BOX Custom pula lebih menyerlah. 

Kuasa pula dijana oleh enjin 660cc aspirasi normal (na) dan turbo dengan padanan transmisi CVT serta pilihan pacuan roda depan atau empat roda (4WD).

Dua jenis enjin memberikan dua kuasa berbeza iaitu 58PS pada 7,300 rpm dengan tork 65Nm pada 4,800 rpm. Satu lagi pakej kuasa ialah 64PS pada 6,000 rpm dan tork 104Nm pada 2,600 rpm.

Secara keseluruhannya ada lapan varian berbeza untuk N-BOX dan lima bagi N-BOX Custom.

Satu ciri menarik apabila kesemua varian dilengkapi teknologi bantuan pemanduan Honda SENSING. Kereta kecil teknologi canggih.

Dari segi harga, varian asas N-BOX G Honda SENSING 2WD dijual pada 1,411,300 yen (RM56,143) manakala varian premium N-BOX G EX Turbo Honda SENSING 4WD berharga 2,129,600 yen (RM84,718).

Kepada yang berminat dengan Honda N-BOX Custom, model ini ada di pasaran tempatan dan anda boleh memilikinya dari pengimport bebas pada lingkungan harga RM115,000 hingga RM130,000.

BACA: BISIMOTO HONDA FIT TURBO 2015, KUASA ENJIN 480HP!

BACA:  HONDA ACCORD DENGAN KIT MODULO, SEGAK JUGA KAN?

BACA: HONDA S2000 ADA AKSESORI 20 TAHUN, RAI USIA 2 DEKAD!

Tags
Google ads
Back to top button