Artikel Pilihan

TOYOTA GRMN SUPRA 2025 SEDANG DIUJI, MODEL TERAKHIR SUPRA?

Toyota nampaknya sedang menyiapkan Supra model terbaru dan dipercayai model yang dikhaskan untuk kegunaan. Beberapa gambar yang dirakam oleh paparazzi menunjukkan Supra yang sarat dengan pelekat samaran diuji di sekitar litar Nürburgring Nordschleife

Berbeza daripada model GR, beberapa maklumat awal mendedahkan model Supra yang diuji sebenarnya adalah model GRMN. Perkataan ini adalah singkatan kepada Gazoo Racing tuned by the Meister of the Nürburgring. Perkataan Meister adalah merujuk kepada Nickname yang digunakan oleh pemandu uji Toyota, Hiromu Naruse

Khabar angin ini telah lama bertiup semenjak 2020 lagi dengan peminat mahukan sebuah model Supra dengan transmisi manual (sudah dilancarkan) dan sebuah lagi varian yang lebih “menggigit” kahs untuk kegunaan litar perlumbaan.

Berbeza dengan varian biasa, Supra yang diuji ini memasang front lip dan juga canards yang berbeza. Pada bahagian belakang pula, terdapat satu spoiler yang dipasang sama seperti 2024 Supra 45th Anniversary Edition

Perbezaan yang lain dan boleh dikesan termasuklah penggunaan brek, angkup brek besar, rotor brek criss drilled, serta ketinggian cesi yang telah direndahkan berbanding dengan model standard. Besar kemungkinanan model GRMN akan menggunakan talaan spring dan penyerap hentak yang berbeza untuk pengedalian yang lebih baik.

Model ini juga menunjukkan ia dipasang dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 serta rekaan sport rim yang lebih ringan untuk mengurangkan berat unsprung mass. Namun perubahan yang terbesar adalah penggunaan enjin yang lebih berkuasa berbanding dengan varian biasa.

Buat masa sekarang Supra dikuasakan dengan enjin B58B30O1. Ia adalah varian yang lebih berkuasa berbanding dengan varian B58B30M1. Sekiranya varian GRMN menggunakan enjin S58 digunakan oleh BMW M3 dan M4 maka ia boleh menghasilkan sekitar 473 kuasa kuda. Jika ditala sama seperti enjin BMW M2, maka ia akan menghasilkan sekitar 453 kuasa kuda

Google ads
Back to top button