Artikel Pilihan

MUGEN JADIKAN HONDA N-BOX 2024 LEBIH DRAMATIK – BUKAN MACAM DRAMA PUKUL 7 HOKEY

Sebaik sahaja N-Box 2024 dilancarkan Honda di Jepun, Mugen terus mendedahkan pelbagai naik taraf kosmetik dan prestasi untuk model comel ini.

Dua versi N-Box telah didedahkan. N-Box standard dan N-Box Custom yang mempunyai ciri lebih premium. Mugen seperti biasa memberikan sentuhan ajaib mereka untuk kedua varian di sebutkan.

Pakej aerodinamik merangkumi lip spoiler hadapan (YSD441) dan kemasan gril yang lebih menonjol (USD235). Skirting sisi turut ditawarkan untuk N-Box baharu ini. Pelanggan boleh memilih sama ada untuk mengecat skirting ini ataupun dikekalkan dalam keadaan asal. Kos dengan cat USD441 tanpa cat USD367. Nak lebih ganas tapi comel boleh je tambah splitter dengan kos sekitar USD265.

Naiktaraf untuk N-Box Custom pula hampir sama tapi dengan penambahan spoiler bawah belakang yang berharga USD514. Cuba la tukar ke RM kalau nak tahu nilainya. Boleh tahan kan? Tambahan pula dengan nilai tukaran sekarang yang semakin tak masuk akal.

Kedua varian boleh dilengkapkan dengan wind deflector Mugen yang bernilai USD165 selain pelbagai aksesori serat karbon lain. Nak senaraikan satu-satu memang panjang dan ia memang akan menelan belanja yang banyak. Okey la sebab N-Box kat Malaysia ni pun harganya bukan untuk B40 macam kami ni.

Bahagian dalam macam biasa, Mugen menawarkan tiga pilihan pelapik kaki termasuklah yang berwarna merah terang. Dah pakai Honda takkan tak nak aura Type R kan? Terdapat juga pilihan plat pelindung pemijak kaki sisi. Ini ori Mugen okey bukan Type R Ah Beng.

Buat masa ini tiada lagi tawaran peningkatan prestasi untuk N-Box. Tapi jangan bimbang sebab anda masih boleh melengkapkan N-Box baharu ini dengan penapis udara Mugen bernilai USD110 selain penutup radiator dan penutup pelincir keluaran mereka. Tak puas lagi? Oil filter pun ada bang. Janji sanggu bayar je.

Google ads
Back to top button