
TOYOTA HARRIER 2.5 HEV DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM289K
UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan Toyota Harrier 2.5 HEV sebagai SUV hibrid premium terbaharu untuk pasaran Malaysia.
Ditawarkan pada harga bermula RM289,000, Harrier HEV membawa pendekatan elektrifikasi praktikal menerusi strategi Multipathway Toyota, memberikan pengalaman pemanduan lebih mesra alam.
Dari segi kuasa, SUV ini digerakkan oleh enjin 2.5L Dynamic Force yang digandingkan dengan sistem hibrid generasi keempat Toyota.
Gabungan ini menghasilkan kuasa keseluruhan 217PS dengan tork elektrik serta-merta untuk pecutan lebih responsif dan halus.

Sistem hibrid jenis self-charging ini menjana semula tenaga secara automatik ketika membrek dan memandu, tanpa memerlukan pengecas luar.
Penggunaan bahan api dianggarkan serendah 4.7 liter bagi setiap 100km, sekali gus membantu mengurangkan pelepasan CO₂ dan jarak perjalanan lebih jauh bagi setiap isian penuh.
Pilihan mod pemanduan Eco, Normal, Sport dan EV membolehkan karakter pemanduan disesuaikan mengikut situasi jalan raya.
Rekaan luaran berasaskan falsafah Dignified Elegance menampilkan garis badan kemas dan imej sofistikated yang menonjolkan kemewahan secara sederhana.

Lencana Beyond Zero pula melambangkan komitmen Toyota terhadap mobiliti lebih lestari.
Ciri-ciri utama Toyota Harrier HEV:
- Tempat duduk hadapan dengan fungsi ventilasi dan pemanas
- Kerusi pemandu larasan kuasa 12 hala
- Kawalan suhu automatik dua zon dengan nanoe™ X
- Corong pendingin hawa belakang
- Bumbung panoramik tetap
- Cermin pandang belakang digital
- Paparan digital 12.3-inci + Head-Up Display
- Apple CarPlay tanpa wayar & Android Auto
- Pengecas tanpa wayar & port USB-C depan/belakang
- Sistem Toyota Safety Sense 3.0
- Paparan Panoramik 360 darjah
Dari aspek keselamatan, model ini dilengkapi pakej Toyota Safety Sense 3.0 yang merangkumi sistem pra-perlanggaran, Kawalan Jelajah Radar Dinamik, Amaran Keluar Lorong bersama Lane Tracing Assist, Sistem Lampu Tinggi Adaptif, Bantuan Papan Tanda Jalan serta Parking Support Brake dengan pengesanan objek statik dan kenderaan melintas dari belakang.

Harrier HEV ditawarkan dalam pilihan warna;
- Platinum White Pearl
- Grey Metallic
- Precious Black
Seperti dinyatakan di atas, Toyota Harrier 2.5 HEV boleh dimiliki pada harga bermula RM289,000.
Sebagai jaminan ketenangan fikiran, UMWT menyediakan Waranti Tanpa Had Perbatuan selama lima tahun, waranti sistem hibrid lapan tahun serta jaminan alat ganti sehingga 10 tahun, disokong rangkaian pusat servis serta Body & Paint di seluruh negara.
GALERI:
















- BACA: GEELY RIDDARA RANCANG KILANG EV DI THAILAND, INTAI PASARAN MALAYSIA
- BACA: TERKINI: MODENAS BAKAL LANCAR KAWASAKI NINJA ZX-10R VERSI ‘MADE IN GURUN’
- BACA: PEMENANG KEMPEN ‘ELECTRIFY YOUR LIFE’ BAWA PULANG PROTON e.MAS 5 PREMIUM
- BACA: THAILAND PANTAU STOK MINYAK, BERI AMARAN KENAIKAN MENDADAK 4 MAC

