
TOYOTA RUSH MALAYSIA TAK TERLIBAT MASALAH BEG UDARA
UMW Toyota Malaysia dalam satu kenyataan semalam memberitahu bahawa Toyota Rush untuk pasaran negara ini tidak terlibat dengan masalah beg udara seperti yang berlaku di Filipina.
Toyota Motor Philippines pada hari Selasa lalu telah melancarkan kempen perkhidmatan khas untuk menggantikan modul beg udara Toyota Rush yang mungkin mempunyai “masalah pengaturcaraan.”

Sesetengah unit model tersebut yang dihasilkan dari 2 April, 2018 hingga 7 Februari 2019 “mungkin mempunyai masalah” dalam pengaturcaraan unit kawalan elektrik airbag (ECU) mereka.
Masalah timbul apabila sensor beg udara menghantar isyarat salah apabila kereta terlanggar lubang dan menyangkakan ia adalah satu perlanggaran.
Bagaimanapun Toyota Rush yang dipasangkan di sini tidak terlibat dalam masalah ini – menurut jurucakap UMW Toyota Malaysia.