
TOYOTA URBAN CRUISER – MODEL SUV BAHARU UNTUK ORANG BANDAR
Toyota telah mempersembahkan model baharu Toyota Urban Cruiser, sebuah model yang akan membawa reka bentuk berkuasa, keluasan dalaman dan sarat dengan teknologi ke pasaran untuk segmen SUV BEV kompak.
Toyota Urban Cruiser ini dibangunkan daripada model konsep SUV Urban akan memberikan Toyota kehadiran yang kukuh dalam segmen pasaran yang berkembang pesat dan sangat kompetitif di Eropah dan meningkatkan keluasan dan jangkauan barisan semua model elektrik mereka.

Pengenalan model ini sebagai salah satu langkah penting Toyota untuk merangka strategi yang lebih luas untuk menawarkan rangkaian produk elektrik mereka terhadap pelanggan di Eropah. Menjelang 2026, Toyota menyasarkan untuk mempunyai 15 model kenderaan pelepasan sifar termasuklah enam kenderaan elektrik yang menggunakan platform yang tersendiri.
Dibangunakan tema Urban Tech, gayanya yang canggih dan matang memberikan penampilan yang berani dari setiap sudut. Hujung hadapan “hammerhead” – isyarat reka bentuk Toyota kontemporari – adalah elemen utama yang diberikan perhatian. Bampar depan dan belakang dipamerkan dengan kuat dan susunan lampu belakang yang menarik menjangkau lebar pintu belakang, melingkari bahagian sisi SUV ini.

Dengan dimensi ukuran panjang 4,285 mm, lebar 1,800 mm, tinggi 1,640 mm dan jarak roda 2,700 mm jelas sekali ianya sedikit besar berbanding saudaranya Toyota Yaris Cross. Walau pun demikian, radius pusingannya hanya sekitar 5.2 meter sahaja.
Rekaan penutut tayar dengan rekaan tajam bersaiz 18 / 19 inci mengikut varian itu sememangnya berjaya memberikan pengurangan berat dan kelebihan aerodinamik.
Disebabkan model ini mempunyai jarak roda yang lebih panjang (+140 mm) berbanding Yaris Cross, maka ianya menjadi faktor mengapa ianya lebih luas di bahagian kabin. Ianya mempunyai ruang keluasan di antara kerusi hadapan dan belakang setanding dengan SUV segmen D dengan tempat duduk belakang mempunyai konfigurasi lipat 40:20:40 dan juga boleh dibaringkan.

Panel instrumen digital bersaiz 10.25 inci akan memberikan paparan info penting manakala sistem infohiburan bersaiz 10.1 inci lengkap dengan fungsi integerasi telefon pintar pemandu bagi membolehkan ianya diakses dengan mudah daripada paparan skrin yang lebih besar.
Toyota Urban Cruiser akan ditawarkan dengan dua pek bateri dan pilihan pacuan hadapan atau semua roda. Kedua-duanya menggunakan teknologi litium-besi fosfat, dengan manfaat ketahanan, keselamatan dan kos yang dapat dikurangkan.

Bateri 49 kWj akan tersedia secara eksklusif dalam versi FWD, memberikan output 106 kW / 144 HP. Juga terdapat pek bateri 61 kWj menghasilkan 128 kW / 174 HP.
Untuk varian tertinggi, Urban Cruiser juga akan ditawarkan dengan pacuan semua roda. Dalam versi ini, pek bateri 61 kWj dengan kuasa 135 kW / 184 HP.
BACA : TOYOTA MEMIMPIN REVOLUSI MOBILITI HIJAU DI MALAYSIA
BACA : TOYOTA YARIS CROSS BAKAL BUAT KEMUNCULAN PERTAMA DUNIA PADA 15 MEI 2023



