
PROTON e.MAS 7 RASMI DILANCARKAN – DUA VARIAN, JARAK GERAK 410KM, HARGA BERMULA RM109K
Proton hari ini secara rasmi melancarkan model kenderaan elektrik (EV) pertama mereka, Proton e.MAS 7.
Ditawarkan dalam dua varian iaitu Prime dan Premium, e.MAS 7 dibina menggunakan platform Global Modular Architecture (GMA), mempunyai ukuran panjang 4,615mm, lebar 1,901mm, tinggi 1,670mm, serta jarak roda 2,750mm.
Model ini hadir dalam lima pilihan warna menarik:
- Platinum Silver
- Turquoise Green
- Slate Gray
- Quartz Rose
- Lithium White

Varian Prime dilengkapi rim 18-inci, manakala varian Premium tampil lebih eksklusif dengan rim 19-inci. Kelengkapan tambahan seperti bumbung panoramik, tailgate kuasa, serta Active Grille Shutter hanya terdapat pada varian Premium.
Kabin Proton e.MAS 7 mengutamakan keselesaan dan teknologi terkini. Kedua-dua varian dilengkapi dengan:
- Kluster instrumen LCD 10.2-inci
- Skrin sentuh pusat 15.4-inci
- Stereng pelbagai fungsi
- Sistem audio Flyme 16 pembesar suara
- Kerusi pemandu dengan pelarasan kuasa enam hala
Varian Premium pula menawarkan ciri tambahan seperti:
- Pencahayaan ambien 256 warna
- Kerusi penumpang hadapan dengan pelarasan kuasa empat hala
- Fungsi memori dan ventilasi untuk kerusi hadapan
- Cermin pandang belakang auto-dimming
- Pendingin hawa automatik dengan penapis N95

Proton e.MAS 7 dijana oleh motor elektrik yang menghasilkan kuasa maksimum 218PS dan tork 320Nm, dengan pecutan dari 0-100 km/j dalam hanya 6.9 saat. Kelajuan maksimum dihadkan pada 175 km/j.
Varian Prime dilengkapi bateri berkapasiti 49.52kWj, menawarkan jarak perjalanan sehingga 345km. Varian Premium pula mempunyai bateri 60.22kWj, membolehkan perjalanan sejauh 410km dengan satu cas penuh.
Dari segi pengecasan, model ini menyokong:
- Pengecasan pantas DC: Prime (80kW) dan Premium (100kW), mengambil masa 20 minit untuk pengecasan dari 30% ke 80%.
- Pengecasan AC 11kW: Prime mengambil masa 4.9 jam, manakala Premium memerlukan 6.1 jam untuk cas dari 30% ke 80%.
Dari segi keselamatan pula, ia disertakan dengan enam beg udara, kamera 360 darjah dan radar belakang, manakala radar depan hanya tersedia untuk varian Premium, ADAS tahap 2, merangkumi ciri-ciri seperti dinyatakan dibawah;
- Intelligent Cruise Control (ICC)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Automatic Emergency Braking (AEB)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Dynamic Brake Support (DBS)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Lane Departure Prevention (LDP)
- Emergency Lane Keeping Assist (ELKA)
- Rear Collision Warning (RCB)
- Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
- Rear Cross Traffic Braking (RCTB)
- Lane Change Assist (LCA)
- Blind Spot Detection (BSD)
- Door Open Warning (DOW)
- Traffic Sign Identification (TSI)

Untuk harga, Proton e.MAS 7 kini ditawarkan dalam dua varian utama, iaitu Prime dengan harga bermula RM109,800 dan Premium dari RM123,800.
Dengan setiap pembelian, pelanggan akan menikmati jaminan kenderaan selama enam tahun tanpa had perbatuan, serta waranti bateri dan komponen selama lapan tahun atau sehingga 160,000 kilometer, mana yang lebih dahulu.
Sebagai tambahan, pembeli juga akan menerima pelbagai faedah menarik seperti berikut:
- Pengecas rumah 7kW bernilai RM1,500
- Adaptor Vehicle-2-Load (V2L) bernilai RM500
- Pembiayaan dengan kadar faedah serendah 1.98%
- Akses internet tanpa had selama lima tahun
- Rebat tukar beli eksklusif untuk pemilik Proton sedia ada, bermula dari RM1,200
Khusus untuk 3,000 pembeli pertama, mereka akan mendapat rebat tunai istimewa bernilai RM4,000. Ini menjadikan harga pengenalan khas adalah RM105,800 untuk varian Prime dan RM119,800 bagi varian Premium.
GALERI:








- BACA: TOYOTA URBAN CRUISER – MODEL SUV BAHARU UNTUK ORANG BANDAR
- BACA: PEMANDU KERETA MEWAH TERBAKAR SEBELUM TOL SPE DIDAKWA TERLIBAT LANGGAR LARI
- BACA: MITSUBISHI TRITON RANGKUL ANUGERAH REKA BENTUK TERBAIK DALAM 2024 – 2025 JAPAN CAR OF THE YEAR
- BACA: EXEED EXLANTIX ET RANGE-EXTENDER 4WD DILANCARKAN DI CHINA, JARAK GERAK 1,500KM, HARGA BERMULA RM152K