Artikel Pilihan

TOYOTA YARIS CROSS BAKAL BUAT KEMUNCULAN PERTAMA DUNIA PADA 15 MEI 2023

Dalam satu laporan yang dihasilkan oleh AutonetMagz, Toyota Astra Motor telah menjemput media permotoran Indonesi untuk menghadiri satu pelancaran model serba baru “world premier” pada 15 Mei ini. Jemputan yang bertajuk “Toyota New Urban Cruiser Icon” ini membayangkan sebuah lagi SUV kompak baru akan dilancarkan oleh Toyota dalam masa terdekat ini

Tidak banyak informasi yang berjaya dikorek daripada jemputan umum sebegini melainkan spekulasi yang boleh dibuat ialah crossover kompak ini dihasilkan daripada platform DNGA. Malah AutonetMagz meneka yang ia adalah projek D66B yang sedang dibangunkan oleh Perodua pada ketika ini ataupun diberi nama popular Toyota Yaris Cross yang masih belum dapat disahkan buat masa ini

Antara maklumat lain yang berjaya diperolehi termasulah penawaran 2 trenkuasa samaada enjin 2NR-VE 1500cc 4 silinder dual VVTi ataupun enjin ini akan ditemani dengan sistem hibrid. 2NR-VE ada;ah enjin yang sama digunakan pada Toyota Vios, Avanza/Alza dan juga Veloz.

Untuk rekod, Toyota Yaris Cross pasaran negara maju menggunakan kod XP210 manakala bagi negara Asia Tenggara ia menggunakan kod XP150. Bagi Yaris XP210, ia dibangunkan atas platform TNGA B yang lebih moden tapi mahal. Malah di pasaran Eropah, Toyota Yaris Cross dan Toyota Yaris dijual secara serentak kepada pelanggan.

Bagi pasaran Asia Tenggara, buat masa ini hanya Toyota Yaris sahaja dijual tanpa sebarang varian crossover. Pengenalan model crossover ini bakal memberi saingan kepada Mazda CX-3, Hyundai Creta, Kia Seltos, Honda HR-V dan juga Honda WR-V.

Dari segi rekaan, kita boleh bayangkan Toyota Yaris Cross ini akan kelihatan seperti Toyota Corolla Cross namun dalam versi yang lebih kecil, rekaan jeriji depan yang hampir sama serta rekaan sisi yang mirip dengan Corolla Cross

Google ads
Back to top button