" "
BuletinPandu Uji

TOYOTA VIOS 2023, LEBIH PADU DAN MEWAH DENGAN CESI DNGA

Review ini ditulis selepas memandu uji dan membelek Toyota Vios 2023 serba baru secara eksklusif dan teliti selama 3 hari. Toyota Vios 2023 akan dilancarkan pada 20 Mac 2023 jam 8 malam

1. Rekaan luar – lebih ranggi dan berani terutama rekaan bahagian depan dengan jeriji tunggal berwarna hitam yang besar dengan 6 bucu. Antara elemen baru yang diketengahkan termasuklah menggantikan lampu kabus depan dengan side air port bagi meningkatkan kecekapan aerodinamik di bahagian depan.

Rekaan lampu depan pula mirip dengan rekaan lampu depan Camry dan dihubungkan dalam satu garisan. Konsep rekaan DN F Sedan dengan konsep fastback digunakan bagi menggantikan konsep rekaan 3 kotak. Tiang C pula dilebarkan dan diberikan quarter glass bagi mengukuhkan imej fastback.

2. Sport rim 17 inci digunakan bagi menaikkan lagi imej sporti dengan balutan tayar Continental Premium Contact 205/55. Jarak antara roda pula dipanjangkan sebanyak 70mm menjadi 2620mm, memberi ruang yang lebih baik untuk penumpang di bahagian belakang.

3. Untuk rekaan bampar belakang, lampu kabus belakang yang selalu menjadi isu telah digantikan dengan fake aero vent. Lampu malam pula mengekalkan rekaan lama LED Stripe dengan 2 jalur manakala lampu penunjuk arah dinaiktaraf menjadi sequential turning light

Overall design Vios 2023 nampak lagi lebar panjang dan besar. Dah tak de tema dugong dan ikan keli

4. Sebab Vios baru ni guna platform baru, DNGA B segmen sama macam Alza. Efek dia, platform lagi ringan, lagi rigid dan sedap. Jika anda pernah memandu cesi yang menggunakan DNGA seperti Alza baru, Toyota Veloz dan Perodua Axia baru maka anda akan rasa perbezaan cesi DNGA dengan cesi lama.

5. Ya walaupun menggunakan rim 17 inci, namun keselesaan yang dipamerkan oleh Toyota Vios 2023 boleh dipuji. Ia tidak menyebabkan roda menjadi “sibuk” ketika melalui permukaan jalan tidak rata atau ketika melalui jalan berlubang.

Malah Toyota memberikan bacaan maksimum penggunaan bahan api sekitar 19.23km / liter petrol, jauh lebih baik berbanding model lama yang menggunakan rim 16 inci

6. Enjin pula masing mengekalkan enjin sama 1500cc 4 silinder dual VVT-i yang menjana 104 kuasa kuda dan 140Nm tork. Kalau tengok angka ini, ia sebenarnya kurang berbanding dengan varian lama iaitu sekitar 107 kuasa kuda. Mungkin ia dilakukan atas sebab untuk mengurangkan penggunaan bahan api

7. Jadi Vios 2023 ini underpower? Eh tak bro sebab Toyota ni magik dia pada transmisi, atau lebih tepat pada sistem dual Mode CVT yang sama dengan model Perodua. Ya penulis dah mengesahkan fakta ini dengan Toyota. Semua kelemahan yang ada pada Dual Mode CVT ini telah dihapuskan oleh Toyota

Magik yang pertama ialah sentapan atau jerking pada kelajuan rendah telah dihapuskan, lancar sama seperti Super CVT yang digunakan pada Vios model lama, dan pecutan yang dibuat rasa lebih baik berbanding model lama.

Penulis cuma boleh mengagak yang CVT yang digunakan pada kali ini menawarkan ratio yang lebih lebar berbanding model lama. Penukar gear ada disediakan di belakang roda stering walaupun penulis jarang menggunakannya untuk pemanduan biasa. Hanya ketika mendaki dan menuruni Gunung Raya sahaja barulah penukar gear ini digunakan

8. Dengan respon enjin dan transmisi yang lebih baik, dan penggunaan cesi DNGA penulis dapat rasakan pengendalian dan ride quality Toyota Vios 2023 ini jauh lebih sedap berbanding model lama. Platform baru ni rasa solid, rasa mahal dan tegap

Jalan tak rata? – Ditanggung beres, rasa seperti memandu kereta mahal

Jalan berlubang – kautim, penulis duduk di belakang pun masih rasa selesa

Laluan berselekoh – pun tak ada masalah dan rasa lagi yakin disebabkan kelebaran saiz tayar ditambah menjadi 205mm. Walaupun menggunakan tayar premium yang lembut, tayar tidak “menjerit” ketika melalui selekoh tajam pada halaju sekitar 100-120 di jalan menuju ke resort The Datai

9. Sebenarnya ada beberapa “braces” yang berbentuk huruf telah ditambah di belakang cesi antara kabin penumpang dengan ruang bagasi. Ini memberi kesan kepada reaksi cesi di bahagian belakang yang akan bertindakbalas dengan cepat bila insput stering diberikan

Jadi walaupun menuruni jalan Gunung Raya dengan agak agresif, Vios baru ini langsung tak menyebabkan penulis terasa gerun apabila melalui jalan yang sempit di kawasan berbukit pada kelajuan tinggi

10. NVH -disebabkan Vios menggunakan platform baru DNGA, NVH Vios 2023 adalah jauh lebih bagus dari model lama. Beberapa komponen cesu di lokasi strategik diisi dengan “foam” untuk menyerap gegaran dan bunyi.

Malah anda boleh melihat beberapa kepingan penyerap bunyi dipasang pada bahagian “wheel arch” tayar depan. Secara keselurhan, Vios 20023 adalah 2dB lebih senyap berbanding dengan model sebelumnya.

11. Ciri baru diperkenalkan- anataranya ialah Android Auto dan Apple Car Play tanpa wayar, lampu kabin dengan pilihan 64 warna, skrin multimedia terang bak Iphone, ruang kaki lebih luas di barisan belakang, pengecas tanpa wayar, poin USB type A & C di bahagian belakang belakang, brek parkir elektrik, ciri autohold, meter digital dan Adaptive Cruise Control

12. Ergonomik- rekaan kusyen depan lagi sedap berbanding model, lagi memeluk badan bila memandu laju di selekoh, tombol gear berada lebih dekat dengan roda stering, steering column boleh dilaras secara teleskopik dan perehat tangan yang lagi senonoh dari model lama

Kusyen di belakang juga selesa untuk penulis dengam ketinggian 163cm, tidak menyebabkan kepala terhantuk dengam bahagian bumbung sewaktu memandu laju di jalan berlubang dan bahagian penyandar dibuat dengan lebih rata untuk ruang belakang yang lebih luas

Tapi kaveat utama Vios 2023 ialah harga yang lebih tinggi, dengan penambahan pelbagai aksesori dan penggunaan platform serba baru maka tak hairanlah harga Vios 2023 semakin meningkat. Varian tertinggi 1.5G dijual dengan harga anggaran RM96k, manakala varian 1.5E RM 90k

Toyota Vios 2023 akan dilancarkan pada 20 Mac 2023 dan boleh singgah di mana-mana pusat jualan Toyota berdekatan dengan anda untuk melihat sedan terbaru daripada Toyota.

Google ads
Back to top button