
CIMA 2026: ZXMOTO LANCAR 820X – 114HP, 80NM
ZXMOTO dengan rasminya menyertai segmen motosikal adventure dengan pelancaran ZXMOTO 820X ketika di CIMA 2026 yang berlangsung di Chongqing, China, baru-baru ini.
Ciri utama pada 820X tertumpu pada ruangan enjin, ini kerana 820X dikuasakan enjin sama yang terdapat pada 820RR.
Menurut ZXMOTO, 820X menawarkan 114hp pada 10,500rpm dan 80Nm pada 8,500rpm yang terhasil dari enjin tiga silinder 818.8cc yang telah ditala semula.

Untuk rekod, 820X muncul sebagai motosikal adventure tiga silinder pertama yang dihasilkan di China dan bakal bersaing dengan motosikal seperti Triumph Tiger 900 dan Tiger Sport 800.
Dalam pada itu, 820X ini juga menawarkan fungsi seperti ride-by-wire dan menawarkan empat mod menunggang yang terdiri dari Road, Sport, Rain dan Off-Road. Segala maklumat boleh diakses menerusi panem meter TFT jenis menegak berukuran 6.2-inci.

Ciri 820X tidak terhenti disitu kerana motosikal adventure ini turut menawarkan pakej premium termasuk 6-axis IMU yang menawarkan Cornering ABS dan Cornering Traction Control secara standard selain bi-directional quickshifter dan ACC (adaptive cruise control).
Turut menemani fungsi ACC adalah blind spot detection sekaligus mengesahkan 820X dilengkapi dengan teknologi LiDAR sepertimana yang terdapat pada Ducati Multistrada V4 S.

Menariknya, 820X ini juga menawarkan sistem elektronik seperti semi-active suspension yang membenarkan pelarasan penuh bagi rebound dan compression damping. Ketinggian tempat duduk juga diselaraskan dari 815mm sehingga 835mm.
Selain itu, fungsi grip dan tempat duduk dengan pemanas, USB Type-C dan tangki bahan api berkapasiti 27L. Tayar pula berukuran 120/70-19 hadapan dan 170/60-17 di belakang masing-masing dipadankan dengan cakera 310mm depan dan 240mm belakang.
Menurut Zhang Xue, harga jualan bagi 820X ini bermula dari CNY46,800 (RM28.5k).
GALERI: ZXMOTO 820X














