Buletin

TRAPO, PENGELUAR KARPET “AJAIB” LANCARKAN TRAPO MARK II

TRAPO Asia telah melancarkan TRAPO Mark II, penambahan terbaru rangkaian produknya.

Dengan tagline “Trap Your Worries” memperluaskan rangkaian produknya yang terkenal dengan karpet kenderaan berkualiti tinggi.

Diasaskan oleh dua adik-beradik, Tzong dan Zare Lee pada tahun 2016, TRAPO Asia menawarkan penyesuaian penuh dengan lebih daripada 500 model kereta.

Sepanjang tiga tahun yang lalu, TRAPO telah menguasai 6 peratus pasaran kereta baru di Malaysia mewakili lebih 80,000 pelanggan. Syarikat ini juga telah mengembangkan sayapnya ke Singapura dan Indonesia

Pengasas TRAPO Asia yakin potensi pasaran dan percaya bahawa pasaran boleh dikembangkan lagi.

“Kami berbangga dengan kejayaan TRAPO Asia hari ini dan kami yakin akan mencapai pertumbuhan dua angka menjelang akhir tahun.

“TRAPO telah direk sebagai penyelesaian karpet kereta untuk setiap pemandu dan kami akan terus berinovasi dan memperkenalkan produk baru dari masa ke semasa untuk menyediakan pelbagai pilihan untuk memenuhi keperluan pelanggan,

“Dengan Trapo Mark II, kami memberi perspektif baru untuk rakyat Malaysia dari segi kebersihan dan mensasarkan pertumbuhan 5% dalam pasaran,” ujar Tzong Lee, pengasas bersama TRAPO Asia.

TRAPO Mark II yang baru menggunakan teknologi Bactekiller oleh Fuji Chemical Industries Co Ltd mampu menghilangkan 99% bakteria pada permukaan karpet kereta menjadikan lebih bersih untuk pengguna.

Teknologi Bactekiller menghalang bakteria daripada membiak di permukaan karpet kereta TRAPO dan akhirnya bertindak menghapuskannya.

Sempena pelancaran itu, TRAPO Asia telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Fuji Chemical Japan dan menjadi pengeluar tikar kereta pertama untuk menggunakan teknologi Jepun itu

“Kami berbangga menjadi pengeluar karpet kereta dan berpeluang bekerjasama dengan pengilang farmaseutikal, Fuji Chemical Industries Co Ltd yang mempunyai lebih daripada 65 tahun pengalaman dalam bidang ini. “kata Tzong.

GALERI

Google ads
Back to top button