Buletin

GRAND SEIKO, PROSPEX & CREDOR. KEJITUAN TEKNOLOGI MASA…

SEIKO, salah satu pembuat jam tangan paling disegani di dunia dengan
kejayaan melebihi 130 tahun, mempamerkan beberapa model menarik dalam rangkaian Prospex dan Presage.

Pengenalan jam tangan yang inovatif itu sempena meraikan pelancaran
rasmi butiknya di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall.

Komited untuk terus memelihara persekitaran marin, jam tangan penyelam Prospex yang mendapat pengiktirafan dunia dibina dengan kerjasama dengan peneroka lautan dan pemulihara marin, Fabien Cousteau untuk menghasilkan tiga jam tangan edisi khas “Save the Ocean” bagi meyebarkan kesedaran mengenai  kepentingan hidupan marin.

Fabien Cousteau ialah cucu pertama lagenda Jacques-Yves Cousteau,
perintis usaha pemuliharaan marin dan menjadi pengasas bersama Aqua-Lung; peralatan menyelam yang popular di seluruh dunia.

Dengan ketahanan sehingga kedalaman 200 meter dan menampilkan ciri Solar Chronograph  SSC741P1, reka bentuk jam tangan Turtle SRPD21K1 serta Samurai SRPD23K1, ciri-ciri reka bentuk  tiga variasi ini diinspirasikan oleh ikan pemangsa yang cukup dikenali iaitu jerung putih.

Ia dihasilkan untuk memberi keselesaan pada pergelangan tangan, jam tangan ini bukan sahaja hadir dengan cetakan yang mudah dibaca menerusi cat LumiBrite dan ketepatan ekstrem, walaupun pada kedalaman laut yang tidak ditembusi oleh cahaya matahari, ia juga mempunyai penampilan yang lebih lasak dan sporty.

Sebahagian besar hasil jualan jam tangan siri ini di peringkat global akan disumbangkan kepada Pusat Pembelajaran Lautan Fabien, sebuah institusi yang dibina untuk memberi sumbangan langsung kepada kelestarian laut.

Pengarah Urusan Thong Sia Group, Encik William Hui berkata, “Selaku pengedar tunggal SEIKO di Malaysia, pelancaran bersejarah ini menjadi satu lagi bukti kejayaan kami yang dipilih oleh Seiko Watch Corporation untuk memperkenalkan edisi istimewa rangkaian Prospex dan Presage ini.

Menerusi kerjasama yang dibina sejak bertahun-tahun lamanya, kami tidak sabar untuk memperkenalkan lebih banyak koleksi menarik buat para peminat jam tangan di rantau ini pada masa depan.”

Acara itu turut memperkenalkan rangkaian terkini dalam keluarga Prospex – siri LX, terdiri daripada enam utas jam tangan yang eksklusif di butik sahaja.

Peminat jam tangan sukan dan pengembara tegar pasti teruja kerana
siri LX dibangunkan bersama lagenda pereka bentuk industri Jepun, Ken Okuyama yang hasil kerjanya diiktiraf oleh gergasi industri automotif.

Selain Prospex dan Presage, siri jelajah itu turut menampilkan model Astron dan Lukia, serta jam tangan Grand Seiko dan Credor.

Untuk senarai pengedar sah, maklumat lanjut mengenai SEIKO serta koleksi lain yang terdapat di Malaysia, sila layari laman web www.thongsia.com.my, halaman Facebook SEIKO Malaysia di
www.facebook.com/seikomalaysia atau halaman Instagram SEIKO Malaysia di www.instagram.com/seikomy.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button