Buletin

TREV SUPERCAR ELEKTRIK MILIK CHINA

Ini yang diperlukan oleh dunia. Satu lagi model supercar elektrik daripada sebuah syarikat China yang misteri. Tiada siapa pernah dengar nama syarikat berkenaan.

Techrules-GT96-TREV-Concept-mekanika (1)

Ia bukan Faraday Future, Atieva, 2050 Motors atau NextEV. Syarikat itu ialah Techrules. Kenderaan yang dihasilkan itu dinamakan sebagai Turbine-Recharging Electric Vehicle (TREV). TREV telah melakukan debut pada acara Geneva Motor Show 2016 baru-baru ini.

Berpangkalan di Beijing, syarikat automotif yang masih baharu itu mempunyai misi dalam “develop disruptive powertrain technologies”. Syarikat subsidiarinya memiliki kepakaran khusus dalam bidang aero angkasa, material teknologi tinggi dan biogas.

Techrules-GT96-TREV-Concept-mekanika (2)

Techrules didakwa akan menghasilkan supercar elektrik dengan kuasa 1,030 hp. Meskipun memiliki kuasa yang tinggi, TREV dikatakan mampu menjimatkan bahan bakar dengan catatan perbatuan mencecah 1,995km.

TREV menggunakan enjin turbin dan ia bukanlah kenderaan pertama menggunakan enjin sebeitu. Malah, General Motors, Chrysler dan Toyota sudah terlebih dahulu mengaplikasi teknologi turbin untuk menggerakkan roda.

Namun, TREV mengaplikasi sistem hibrid untuk meningkatkan lagi aspek kecekapannya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button