Buletin

TRAK GAYA HIDUP FIAT FULLBACK

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Gaya hidup kini boleh diluaskan sehingga ke dunia pekerjaan. Menyedari tentang itu, Fiat memperkenalkan  Fiat Fullback Show Car.

fiat-fullback-showcar-mekanika (2)

Dibina berasaskan kepada Mitsubishi Triton, trak pikap dua kabin itu direka untuk bersaing dengan Toyota Hilux, Ford Ranger, Volkswagen Amarok dan banyak lagi.

Dipamerkan pada Geneva Motor Show, perbezaan di antara Triton dan Fullback ialah susunan bampar, gril, rim aloi baharu dan tambahan kemasan krom pada sekeliling sill.

Fiat-Fullback-Geneva-2016-mekanika (2)

Padanan warna  Liquid Metal Grey pada badan dan hitam matte pada perumah cermin sisi, hendal pintu, sport bar serta pemijak kaki sisi menyerlahkan watak gagah jentera 4×4 ini.

Penggunaan lampu hadapan bi-xenon memudahkan pemandu mengemudikan kenderaan pada waktu malam. Sementara bahagian kabin, kemasan kulit digunakan.

Fiat-Fullback-Geneva-2016-mekanika (1)

Fiat akan menawarkan Fullback dengan dua pilihan enjin. Enjin 2.5 liter turbo diesel mampu menghasilkan kuasa di antara 81kW dan 131kW. Manakala enjin 2.4 liter aluminium turbo diesel menjana kuasa sama ada 113kW atau 133kW.

Tawaran transmisi pula manual enam kelajuan atau automatik lima kelajuan. Fullback dijangka akan dijual di Eropah, Timur Tengah dan Afrika bermula Mei 2016.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button
Close