Artikel PilihanBuletin

CENTENARIO SUPERCAR BERKUASA LAMBORGHINI

Dinamakan sebagai Centenario, kehadirannya bagi meraikan ulang tahun Ferruccio Lamborghini ke 100 sekiranya beliau masih hidup. Model itu didedahkan pada Geneva Motor Show 2016. 

lamborghini-centenario-mekanika (7)

Secara asasnya, ia adalah Aventador tetapi dengan kerja badan yang berubah secara visual dan spesifikasi yang lebih impresif.

Centenario didatangkan dengan enjin V12 di belakangnya. Supercar itu adalah produk paling berkuasa dibangunkan dengan kuasa 770hp.

lamborghini-centenario-mekanika (3)

Padanan kotak gear Independent Shifting Rod (ISR) menawarkan aspek penukaran gear yang lebih pantas.

Tenaga liar itu hanya memerlukan 2.8 saat untuk mencapai 100km/j.  Difahamkan sekiranya si pemilik cukup berani, Centenario mampu mencapai kelajuan 350km/j.

lamborghini-centenario-mekanika (2)

Daya membrek dari kelajuan 100km/j sehingga ke pegun mampu dilakukan dalam jarak 30 meter. Penggunaan kerangka monokok dan gentian karbon menyumbang kepada berat badan lebih ringan iaitu 1, 520kg. Nisbah berat kuasa hanyalah 1.97 kg/hp.

Justeru, bagi menyokong kuasa jentera, Lamborghini memilih brek seramik karbon dan peredam magnetorheological.  Jentera berkenaan dilengkapi sistem four-wheel steering yang turut boleh didapati pada model Porsche 911 GT3 dan Ferrari F12 TdF.

lamborghini-centenario-mekanika (5)

Sistem berkenaan berfungsi mengekalkan kestabilan jentera ketika memecut dan lincah ketika mengambil selekoh.

Garisan mono dari hadapan sehingga belakang mentakrifkan kontur Lamborghini yang mudah dikenali. Overhang yang rendah di hadapan dan belakang mencetuskan bentuk badan mono. Kemasukan udara dari lubang besar di bonet hadapan menyumbang kepada downforce pada gandar hadapan.

lamborghini-centenario-mekanika (6)

Centenario memiliki  panjang  4, 924mm dan tinggi 1,143mm.  Supercar itu dipadankan dengan tayar Pirelli Pzero yang dibangunkan khusus untuk pacuan roda belakang. Rim hadapan bersaiz 20 inci dan 21 inci di belakang.

“Centenario ialah kereta sempurna yang menggabungkan tradisi dan inovasi.

lamborghini-centenario-mekanika (4)

“Centenario beri peluang kepada pereka dan jurutera  untuk mengatasi beberapa batas kereta pengeluaran untuk mencapai hasil yang tidak dapat ditandingi,” kata Presiden dan CEO Automobili Lamborghini, Stephan Winkelmann.

Centenario pantas membuktikan bahawa ini ialah jentera koleksi yang diinginkan dengan teknologi baharu dan prestasi luar biasa.

lamborghini-centenario-mekanika (9)

Harga jualan supercar Itali itu ialah 1.75 juta Euro (RM7.8 juta)!

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button