Buletin

TUKAR MINYAK HITAM, FERRARI INI TERUS BERTAMBAH KUASA & BUKAN SEMUA MINYAK SAMA

Dalam sembang harian mengenai kereta ada kemungkinan kita akan bercakap tentang minyak hitam (atau minyak silinder atau minyak enjin). Ada yang kata minyak sesuatu jenama ini lebih lancar, ada juga yang kata kasar dan ada juga yang bertenaga.

Tidak kurang juga yang mendakwa semua minyak sama sahaja, botol sahaja berbeza.

Dalam sesetengah kes ada kebenarannya jika pengeluar OEM tersebut membekalkan untuk pelbagai jenama menggunakan satu formulasi atau adunan. Minyak sama, botol dan strategi harga saja yang berbeza.

Namun banyak juga yang betul-betul berbeza dan memberikan lebih kuasa kepada enjin. Salah satu contoh ialah minyak enjin CFS 10w60 NT+ oleh Millers Oils.

Ceritanya begini, enjin kereta klasik Ferrari 250 GT V12 telah diuji dengan mesin dynamometer dan keputusan yang didapati ialah kuasa puncak dan tork telah meningkat sebanyak tujuh peratus.

Ini adalah satu pencapaian yang hebat kerana tiada modifikasi dibuat, hanya minyak enjin sahaja yang ditukar.

Ujian tersebut dibuat berulang kali dan dibandingkan dengan minyak spesifikasi asal. Menurut Millers Oils, minyak enjin yang digunakan mempunyai teknologi NANODRIVE yang telah dipatenkan.

Formulasi minyak enjin geseran rendah itu direka untuk penggunaan yang mencabar di mana kuasa dan kecekapan perlu selari dengan perlindungan serta ketahanan enjin dan.sesuai untuk pelbagai jenis enjin kereta klasik. 

Senang kata, minyak enjin itu berjaya melindungi bahagian yang besar supaya enjin lebih cekap bekerja. Prestasi itu berjaya dicapai melalui teknologi NANODRIVE Millers Oils yang dibangunkan sendiri di pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat. 

Selain itu, enjin klasik seperti V12 pada Ferrari 250 GTO mempunyai galas (bearing) yang lebih besar daripada enjin moden dengan lebih banyak permukaan yang jauh lebih besar yang membantu untuk menguatkan faedah pengurangan geseran.

Hasil yang didapati dari ujian ini ialah peningkatan kuasa puncak dari 285PS kepada 305PS atau sebanyak 20PS dan 275Nm kepada 295Nm. Kuasa enjin juga dapat dirasai dari lingkungan rendah sehingga had kuasa 7,400 rpm.

Keputusan adalah purata daripada tiga ujian berturut-turut menggunakan mesin dynamometer di Edi Wyss Engineering, Switzerland.

Apa yang boleh dipelajari daripada keputusan ini ialah bukan kesemua minyak adalah sama.

Jika anda mahukan perbezaan, harus teliti dalam mencari dan bereksperimen bagi mendapatkan minyak yang sesuai dan ini biasanya datang dari pengalaman jalanan.

Google ads
Back to top button