BuletinMotosikal

HONDA PCX 2018 DILANCARKAN. SISTEM TANPA KUNCI DAN LAMPU LED.

Boon Siew Honda memperkenalkan Honda PCX baharu. Skuter komuter moden bandar iaitu Honda PCX terus menjadi platform Honda untuk mempamerkan ciri teknologi terkini yang tersedia untuk orang ramai. PCX baharu pasti akan memuaskan pemilik dengan ciri-ciri yang berbeza dengan model sebelum ini.
 

PCX baharu dibina di sekitar kerangka sokongan duplex ayun baharu yang lebih ringan. Ia mempunyai jarak roda yang lebih pendek yang meningkatkan pengendalian dan memberikan maklum balas jalanan yang lebih baik.
 
 
Suspensi baharunya menyediakan perjalanan yang lebih selesa, tambahan pula dengan roda aloi 14-inci baharu yang menawarkan tahap menunggang yang premium.
 
Ia kini ditawarkan dalam dua warna baharu yang menarik: merah Euphoria Red Metallic dan kelabu Radiate Grey Metallic, serta warna putih Pearl Metalloid White yang malar popular.
 
PCX baharu kini didatangkan Dwi lampu utama LED yang bergabung dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED. Lampu belakangnya juga diperbaharui dengan LED.
 
Skuter ini juga antara yang memiliki komparmasi yang besar sebanyak 25 liter. Untuk kemudahan pengguna, tempat duduk ini kini kekal terbuka dengan disokong spring, yang membolehkan simpanan barangan dengan mudah tanpa perlu memegangnya.
 
Punca kuasa 12-volt juga kini diterdapat dalam kotak sarung tangan di depan untuk kemudahan mengecas peranti elektronik peribadi anda dalam perjalanan.
 
Paparan meter kini didatangkan dengan instrumentasi digital yang menempatkan kelajuan digital, lampu amaran enjin, kapasiti bahanapi, jam digital, odometer, penunjuk sistem henti melalui Stop Idling, dan tolok bahan api digital yang mengira penggunaan bahan api dengan tepat.
 
Buat pertama kalinya PCX kini menggunapakai Sistem Kunci SMART yang menggabungkan ciri model terdahulu seperti penggera anti-kecurian dan sistem pencarian skuter dari jauh.
 
 
Sistem Kunci SMART yang baru kini mempunyai sistem penghidupan enjin tanpa kunci yang menggantikan sistem penghidupan tradisional.
 
Honda PCX 2018 ini dijual pada harga RM10,999.00 (tanpa insurans dan kos atas jalan) 
 
GALERI
 

 

Tags
Google ads
Back to top button