Buletin

UD TRUCKS MALAYSIA SUMBANG KOMPUTER RIBA, PERMAINAN DAN MAKANAN KEPADA RUMAH K.I.D.S

Kakitangan UD Trucks Malaysia baru-baru ini telah berkumpul untuk memeriahkan lagi program kebajikan apabila mengunjungi kanak-kanak di Rumah K.I.D.S di USJ, Subang Jaya. Mereka turut menyumbang 10 unit komputer riba, permainan serta barangan makanan. 

Pasukan UD Trucks Malaysia menghabiskan masa selama setengah hari bersama hampir 30 orang kanak-kanak sambilmembantu membuat tetapan komputer riba.

Mereka juga mengadakan pelbagai aktiviti pendidikan yang menyeronokkan termasuk tentang keselamatan jalan raya, permainan silang kata, pertandingan mewarna dan permainan kerusi muzik.

Pengarah Urusan UD Trucks untuk Hub Malaysia, Steve Hedouin berkata, “Program kebajikan di Rumah K.I.D.S yang bertemakan ‘sharing is caring’ ini dianjur untuk menyokong rumah kebajikan dan menggalakkan kanak-kanak terhadap aspek pendidikan, meningkatkan budaya kerja yang positif menerusi kerja-kerja kebajikan serta berkongsi matlamat korporat UD iaitu mencipta kehidupan lebih baik kepada masyarakat.”

Ditubuhkan pada tahun 1991, Rumah K.I.D.S merupakan kediaman untuk anak-anak yatim yang didera dan diabai yang memerlukan penjagaan, bimbingan dan sokongan bagi mendapatkan kehidupan lebih baik pada masa depan.

Sejak 32 tahun lalu, Rumah K.I.D.S telah menjaga, memberi makan dan mendidik lebih 300 orang kanak-kanak berusia semuda setahun,hinggalah remaja dan belia.

Pengurus Kanan yang bertanggungjawab dari segi mendapatkan dana, kerjasama dan perhubungan awam, David Jansen Nathan berkata, “Selain melindungi kanak-kanak daripada didera dan diabaikan, misi Rumah K.I.D.S adalah untuk membolehkan mereka menamatkan pengajian dan merealisasikan potensi mereka.

“Melalui pendidikan, kanak-kanak boleh menjalani kehidupan yang lebih produktif dalam masyarakat. Kami amat berterima kasih kepada UD Trucks kerana sudi menyumbang komputer riba dan barangan keperluan lain, di samping menganjurkan semua aktiviti tersebut. Saya dapat lihat kanak-kanak ini begitu gembira.”

Jansen Nathan menyatakan bahawa Rumah K.I.D.S kekal komited untuk membantu mana-mana penghuninya yang telah menamatkan sekolah menengah dan mahu melanjutkan pengajian atau mencapai cita-cita mereka.

Beliau berkongsi rasa bangga mengenai seorang kanak-kanak, Manisha yang datang tinggal di Rumah K.I.D.S pada tahun 2006 ketika berusiaempat tahun dan kini menjadi graduan dalam Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Kesejahteraan Rumah K.I.D.S adalah bergantung kepada sumbangan awam sepenuhnya. Syarikat dan individu yang ingin mendapatkan lebih banyak maklumat, melawat dan membuat apa sahaja sumbangan bagi membantu kanak-kanak di Rumah K.I.D.S boleh menghubungi David Jansen Nathan di talian 03-3385 1965.

Google ads
Back to top button