Buletin

SUZUKI V-STROM 800DE RASMI DILANCARKAN, 83HP, HARGA BERMULA RM60K

Suzuki Malaysia secara rasmi melancarkan jentera baharu iaitu Suzuki V-Strom 800DE untuk pasaran tempatan.

Dari penampilan, jelas kelihatan adalah ‘mudguard’ diletakkan lebih tinggi berbanding V-Strom 650 untuk menyerlahkan elemen motosikal pengembaraan selain terdapat lampu depan unik sentuhan moden.

Suzuki V-Strom 800DE turut menerima tetapan elektronik seperti Suzuki Intelligent Ride System (SIRS), merangkumi ride-by-wire, empat mod menunggang termasuk mod Gravel, quickshifter, Easy Start System dan low RPM assist.

Perincian lain Suzuki V-Strom 800 DE termasuklah:

  • Skrin TFT berwarna penuh 5-inci
  • Lampu LED penuh (depan dan belakang)
  • Windscreen (boleh laras)
  • Rim berbilang jejari 21-inci (depan), 18-inci (belakang)
  • Tayar Dunlop Trailmax Mixtour
  • Jarak bumi 220mm
  • Ketinggian pelana 855 mm
  • Berat keseluruhan 230kg

Untuk brek, jentera ini dilengkapi kaliper brek Nissin dua-piston depan serta kaliper Nissin satu-piston belakang yang mengapit cakera brek 310mm (depan) dan 260mm (belakang).

Beralih pada kuasa, jentera ini dipacu oleh nadi 776cc dua silinder selari, berupaya menghamburkan kuasa 83hp dan tork pada 77.2Nm.  

Untuk rekod, enjin berkenaan dipadankan dengan transmisi manual enam-kelajuan.

Turut dimuatkan ialah dengan Suzuki Composite Electrochemical Material (SCEM) yang membantu mengurangkan tahap geseran dan haba.

Anda boleh memiliki Suzuki V-Strom 800DE dengan tanda harga RM60,800 (untuk 50 unit pertama) dan ditawarkan dua pilihan warna Yellow No. 2 serta Glass Mat Mechanical Gray.

GALERI:

Google ads
Back to top button