Pandu Uji

HONDA CIVIC TYPE R FL5, SAMURAI TERKAHIR DARI JEPUN

Civic Type R FL5 merupakan jentera dengan enjin di depan dan pacuan roda depan yang paling laju di Litar Nurburgring Nordschleife sejauh 20.82km dengan catatan masa 7:44:881. Catatan masa ini sekaligus mengalahkan pesaingnya iaitu Renault Megane RS Trophy R

Tapi seperti biasa warganet akan memberi kritikan seperti berikut “bro, spec yang tue tak sama dengan yang jual”

Ya memang tak sama sebab Honda menggunakan varian Type R S (lightweight) yang jauh lebih ringan dari varian standard seberat 1423kg dan juga tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 Connect. Taktik yang lebih kurang sama dengan Renault Megane RS Trophy R

Honda Civic Type R FL5 tampil dengan falsafah rekaan yang baru iaitu matured, simple & sporty dengan shoulder line direndahkan. Keadaaan ini menghasilkan sebuah jentera yang lebih rendah iaitu 12mm lebih rendah dari FK8, lebih panjang 20mm dan 15mm lebih lebar

Rekaan FL5 kini nampak moden, ringkas dan elegan terutama dengan tiang A ditarik ke belakang, hud depan panjang. Tetapi dengan peningkatan sistem keselamatan, berat kering FL5 naik dari 1390kg kepada 1423kg walaupun hud depan dihasilkan dengan aloi aluminium dan bonet belakang dihasilkand daripada komposit.

Jeriji atas dan bawah pada bampar depan dibesarkan sebanyak 48% khusus untuk prestasi penyejukan yang lebih baik, lebih sejuk lebih baik kerana suhu yang tinggi akan menyebabkan masalah ketukan pada enjin. Sepasang rongga kemasukan udara dipasang khusus untuk penyejukan sistem brek lengkap guide plate di bahagian tepi jeriji bawah.

Sepasang air curtain dipasang di bahagian kiri dan kanan bampar juga bagi menjadikan aliran udaran bergerak dengan lebih lancar pada halaju tinggi. Lubang sirip juga dipasang pada penutup enjin, bertujuan mengurangkan lagi suhu serta mengurangkan tekanan dalam ruang enjin

Rim 20 inci ditukar kepada rim 19 inci dihasilkan daripada kaedah forging tempaan untuk leboh ringan. Tetapi kelebaran tayar Michelin Pilot Sport 4S dtambah dari 245mm kepada 265mm. Angkup brek Brembo dengan 4 piston dikekalkan dan warna merah menjadikan ia lebih menyerlah di sebalik rim berwarna hitam

Rekaan belakang kekal kemas dengan fender tayar belakang dilebarkan, semua hiasan karbon dibuang dan hanya diberikan satu GT Wing berwarna hitam yang sangat kontra dengan warna Championship White digunakan oleh FL5

Ruang simpanan di bahagian belakang menawarkan sehingga 410 liter ruang kargo serta boleh dibesarkan sehingga 1212 liter apabila anda melipat kusyen di bahagian belakang. Ini magik yang Honda buat, kereta sport tapi praktikal

Enjin K20C masih lagi dipertaruhkan bagi model FL5, namun enjin 2000cc 4 silinder dengan turbo ini telah dipertingkatkan daripada 306 kuasa kuda dan 400Nm tork menjadi 315 kuasa kuda dan 420Nm tork dengan hanya menggunakan petrol RON 95.

Bagi varian JDM, enjin ini mampu menawarkan sehingga 325 kuasa kuda dan 420Nm tork dengan saiz dan rekaan turbin turbo yang berbeza serta petrol RON 98. Selain ciri penyejukan yang lebih baik dan menyebabkan bukaan jeriji depan menjadi lebih besar, Honda juga turut menggunakan rekaan ekzos yang dipertingkatkan

Generasi terbaru K20C ini juga menerima satu lagi ciri terbaru iaitu Heat Sink, menyingkirkan haba sebelum udara masuk ke dalam sistem turbo dan Heat Sink ini bersentuhan terus dengan Hood Vent. Kiranya Hood Vent ini bertindak 2 dalam satu, mengurangkan tekanan udara dalam ruang enjin dan menyingkirkan haba dari Heat Sink

Menemani enjin K20C ini ialah sistem gear manual 6 kelajuan yang turut diperbaharui seperti dipasang dengan flywheel yang lebih ringan, sistem LSD terbaru dari jenis helical dan sistem RevMatch yang ditawarkan dalam 2 mode samaada Sport atau Comfort

Rekaan dalam FL5 sama seperti Civic biasa dengan mengetengahkan falsafah rekaan moden serta ringkas. Ia sangat praktikal terutama rekaan corong penyaman udara dengan diberikan logo Type R, nombor siri, tali pinggang keselamatan berwarna merah, kusyen sport berwarna merah, karpet berwarna merah dan pedal aloi.

Walaupun dikritik, sistem brek parkir elektrik dengan ciri Autohold banyak membantu ketika berhenti dalam kesesakan jalan raya. Tapi kalau ada brek tangan manual lagi best masa memandu agresif di selekoh.

Sistem multimedia diberikan skrin 9 inci dengan sambungan Apple Car Play & Android Auto, 8 pembesar suara, sistem pemanduan adaptif serta sistem kad kunci yang boleh disimpan dalam dompet. Ruang belakang pula menawarkan jarak kelegaan kaki yang cukup selesa dengan jarak antara roda ditetapkan pada 2734mm

Tapi sayangnya ia tidak disertakan dengan perehat tangan, tiada pengecas USB dan hanya memuatkan 2 penumpang sahaja yang dibuktikan dengan kewujudan 2 tali pinggang keselamatan berwarna merah.

Dari segi pecutan, FL5 boleh memecut dari 0-100km/jam dalam masa 5.5 saat dengan halaju tertinggi ditetapkan pada 275km/jam. Honda memberikan bacaan rasmi bahan api pada kadar 12km/liter, namun ujian sebenar memberikan bacaan 10.1km/liter. Jika anda memandu dengan agresif, angka ini akan menurun kepada 9.3km/liter

Tapi realitinya ialah anda tidak membeli FL5 untuk penjimatan bahan api, tetapi untuk menikmati tujahan kuasa yang ditawarkan. Penulis memulakan pemanduan dengan mode Comfort bagi membiasakan diri dengan paramter kenderaan serta melembutkan pergerakan penyerap hentak

Mode Sport pula adalah bertentangan dengan mode Comfort, manakala mode +R pula menawarkan pecutan agresif, stering yang berat, respon enjin tajam dan penyerap hentak dikeraskan semaksimum mungkin. Memang seronok memandu dalam mode +R, tapi pada masa yang sama penulis rasa ia terlalu agresif untuk dipandu di atas jalan raya biasa.

Mungkin ia hanya sesuai digunakan di atas litar perlumbaan sahaja. Dari segi pecutan di jalan biasa, pecutan FL5 menjadikan anda berani untuk memotong kenderaan lain dengan agresif dan lebih selamat. Tekan sahaja pedal klac, tukar ke satu gear lebih rendah dan sistem RevMatch akan menghasilkan blip sementara penukaran gear dibuat, bagaikan pemandu Pro yang menggunakan teknik heel & toe

Gear boleh ditukar dengan kemas dengan slot gear 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 dibuat dengan jelas, lancar dan menghasilkan operasi mekanikal yang cukup memuaskan hati. Tolak sahaja gear pada kedudukannya, anda akan dihadiahkan dengan bunyi padat mekanikal Thudd.

Apatah lagi selepas anda membenamkan pedal minyak ke lantai, FL5 akan meluru laju ke depan yang memerlukan anda memberikan fokus mata sepenuhnya pada jalan, tangan kanan memegang stering dengan kemas manakala tangan kiri bersedia untuk menukar gear sekiranya diperlukan

Mungkin ini adalah operasi gear manual terbaik di dunia yang menjadi trade secret Honda sehingga ke hari ini. Tombol gear diubah dari rekaan bulat kepada rekaan bujur teardrop, lebih mudah untuk dioperasikan dalam keadaan yang agresif.

Sistem klac adalah cukup ringan untuk pemanduan harian serta cukup mengigit jika dipandu dengan agresif. Cuma kaki penulis agak kecil (kasut saiz 6.5 UK) menyebabkan penulis terpaksa menganjakkan kusyen ke depan bagi mendapatkan posisi pemanduan yang paling ideal untuk kawalan maksimum.

Operasi brek dalam pemanduan agresif pula membuktikan kuasa brek yang ditawarkan cukup bertenaga. Ia boleh memperlahankan FL5 dari kelajuan 210km/jam ke 110km/jam dalam masa 2-3 saat sahaja, tanpa bergegar atau masalah brake fade.

Genggaman pada roda stering cukup selesa pada tangan, tak terlalu besar atau terlalu kecil dengan stering dibalut dengan suede. Ia cukup selesa terutama jika tangan anda cepat berpeluh. Komunikasi yang berlaku antara stering dengan roda depan adalah 2 hala

Anda boleh mengawal stering dengan yakin terutama di di selekoh atau memotong di selekoh atau memasuki selekoh tajam selepas memotong lori sayur yang perlahan. Kombinasi brek, stering, respon enjin, operasi gear manual dan memandu secara agresif di selekoh dengan efek understeer yang minima menyebabkan anda ketagih untuk memandu laju terutama di jalan persekutuan

Understeer tetap wujud, tapi sangat minima. Melainkan anda cukup dungu dengan terus menekan pedal di pertengahan selekoh tanpa memberikan input pada roda stering. Dari segi sistem keselamatan, FL5 ditawarkan dengan pakej Honda Sensing yang menyeluruh kecuali tiada sistem pengesanan titik buta

Sistem ini merangkumi amaran pra perlanggaran, brek kecemasan automatik, Lead Car Notofication, Auto Highbeam, Lane Keep Assist dan Road Departure Mitigation, 8 beg udara, 2 cagak ISOFIX, sistem Honda Connect dan Driver Attention Alert menjadikan harga rasmi Honda Civic Type R FL5 ditawarkan pada harga RM 400,000

Jika anda rasa harga yang ditawarkan ini terlalu mahal, maka anda silap kerana 19 orang pemilik ini berpendapat ia adalah sangat berbaloi untuk memiliki sebuah jentera VTEC Turbo dengan transmisi manual 6 kelajuan, mungkin ia adalah jentera enjin petrol sejati pacuan roda depan dari Honda

Google ads
Back to top button