Buletin

UMW TOYOTA PANGGIL SEMULA VIOS, ALTIS, CAMRY DAN YARIS

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengedar kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia, mengumumkan Kempen Perkhidmatan Khas (SSC) yang melibatkan penggantian inflator beg udara model Toyota yang dijual oleh syarikat itu. UMWT memberi jaminan bahawa keselamatan pelanggannya sentiasa menjadi keutamaan.

Kenderaan yang terlibat dalam kempen ini tertakluk kepada pembaikan beg udara Takata keluaran antara tahun 2014 dan 2019.

Dalam kempen semasa ini, inflator beg udara ini akan digantikan dengan komponen inflator beg udara yang lebih baik.

Terdapat kira-kira 41,000 kenderaan Toyota yang dihasilkan dari tahun 2001 hingga 2013 yang terlibat. Model-model tersebut adalah

  • Toyota Vios –  Mei 2003 – Ogos 2007, dan Sept 2007 – Julai 2013.
  • Toyota Corolla Altis – Julai 2001 -Julai 2007
  • Toyota Camry -Jun 2002 – Disember 2005
  • Toyota Yaris – Jan 2006 – Ogos 2007.

UMWT akan memberitahu semua pemilik kenderaan yang terlibat secara rasmi dan melaksanakan perkhidmatan ini tanpa caj kepada pemiliknya.

Untuk maklumat lanjut, pemilik kereta terjejas boleh menghubungi pusat servis Toyota atau hubungi Toyota Freephone di 1800-8-TOYOTA (869682).

Pemilik Toyota juga boleh melayari laman web Kempen Khas Perkhidmatan Toyota menerusi pautan ini:

toyota.com.my untuk memeriksa sama ada kenderaan mereka terlibat melalui Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN).

Bagi mereka yang telah memuat naik Toyota Drive Apps, terdapat juga pautan ke halaman SSC Toyota dan VIN Checker. Maklumat mengenai SSC penting lain juga tersedia di laman web tersebut

Google ads
Back to top button