Buletin

VIRAL STERENG AXIA TERKUNCI – PERODUA PERTIMBANG AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG!   

Kalau anda selalu tengok facebook atau layan page macam RotoLipan, OhLipan dan sebagainya, mesti pernah tertengok satu berita viral yang mendakwa stereng sebuah Perodua Axia terkunci serta menyebabkan pemiliknya mengalami kemalangan.

Hari ini, Perodua Sales Sdn. Bhd. (Perodua Sales) dalam satu kenyataan menegaskan pihaknya memandang serius ke atas dakwaan tersebut.

perodua-zahari-husin-mekanika

Perodua Sales ingin memaklumkan kepada semua pelanggan Perodua bahawa dakwaan tersebut adalah tidak berasas sama sekali. Ia juga telah membuat siasatan menyeluruh terhadap dakwaan itu bersama beberapa agensi berkaitan.

“Kami kesal dengan tindakan individu-individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dakwaan palsu ini yang jelas menjejaskan jenama Perodua. Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mencari mereka yang terlibat.

“Kami sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan yang sesuai ke atas mereka,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales, Dato’ Dr. Zahari Husin.

Perodua memberi jaminan kepada pelanggan bahawa semua kenderaan yang dijual telah melalui prosedur keselamatan ketat yang telah ditetapkan oleh Bahagian Kawalan Kualiti. Selain agensi-agensi berkaitan seperti SIRIM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pada masa yang sama, Perodua sentiasa mengalu-alukan maklum balas daripada pelanggan. Malah Perodua mempunyai pasukan khas untuk menyelesaikan apa-apa isu berkaitan produk mahupun perkhidmatannya, jika ada.

 

Google ads
Back to top button