Buletin

PELAJAR UiTM MENANG HADIAH UTAMA CABUTAN BERTUAH P-CIRCLE, PANDU PULANG PERODUA MYVI

Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nik Akmal Afifah Nik Mohd Fuad, 22, muncul sebagai pemenang hadiah utama Cabutan Bertuah P-Circle apabila membawa pulang sebuah Perodua Myvi 1.3 G berwarna Ivory White.

Cabutan bertuah itu diadakan bersempena penyertaan Perodua di Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026), yang berlangsung dari 12 hingga 21 Jun lalu.

Sepanjang tempoh pameran, ribuan pengunjung mengambil bahagian dengan memuat turun aplikasi super P-Circle serta mengaktifkan fungsi e-dompet P-Duit.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, sambutan orang ramai terhadap penyertaan syarikat itu di KLIMS 2026 amat menggalakkan.

Menurutnya, seramai 37,786 pengunjung berdaftar mengunjungi reruai Perodua dan mencuba pelbagai aktiviti serta pengalaman interaktif yang disediakan sepanjang pameran berlangsung.

“Cabutan Bertuah P-Circle turut menerima penyertaan yang sangat baik, khususnya daripada golongan muda, dan Nik Akmal Afifah dipilih sebagai pemenang hadiah utama,” katanya.

Sementara itu, Nik Akmal Afifah mengakui tidak menyangka namanya diumumkan sebagai pemenang dan menyifatkan kemenangan itu sebagai rezeki yang amat bermakna.

Katanya, Myvi yang diterima merupakan satu peningkatan berbanding Perodua Axia yang digunakan sebelum ini.

Selain hadiah utama berupa sebuah Perodua Myvi, syarikat itu turut menyampaikan 100 unit jam pintar P-Go kepada pemenang cabutan bertuah lain.

P-Circle merupakan aplikasi digital Perodua yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dalam satu platform, termasuk e-dompet P-Duit, ciri kesihatan, fungsi keselamatan, kemudahan beli-belah dalam talian serta platform penstriman.

Aplikasi itu boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play Store.

Pada KLIMS 2026, Perodua turut mencuri perhatian pengunjung dengan memperkenalkan kereta konsep terbaharu dikenali sebagai Chapter 2 (C2), yang mengetengahkan hala tuju reka bentuk masa depan syarikat itu menerusi gabungan teknologi moden dan idea kreatif daripada barisan pereka muda tempatan.

Google ads
Back to top button