
TEMPAHAN TOYOTA CAMRY BAHARU DIBUKA – LEBIH MURAH, BERBALOI DAN ADA 2 VARIAN HIBRID
UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan bahawa tempahan untuk Toyota Camry sudah dibuka.
Model baharu itu kini datang dalam empat varian iaitu 2.0E, 2.0G X dan dua pilihan untuk versi hibrid, Hybrid 2.5 Premium dan Luxury. Sedan segmen D itu ditawarkan pada harga bermula RM152,900 seunit (di atas jalan termasuk insurans dan GST).
Harga lengkap adalah seperti berikut:
Berbanding model terdahulu, perubahan ketara ialah varian 2.0E kini didatangkan dengan VSC dan tujuh beg udara. Bagi varian 2.0G X yang menggantikan model 2.0G, ia dilengkapi dengan lebih banyak ciri seperti rim 17 inci, sistem audio AVN, pelindung cahaya matahari elektrik pada bahagian belakang dan banyak lagi.
Aspek mekanikalnya tidak berubah. Varian 2.0E dan 2.0G X masih menggunakan enjin empat silinder dengan sistem VVTi-W dan D-4S bersesaran 2.0 liter. Mampu menjana kuasa mencecah 167PS dan tork 199Nm, enjin itu dipadankan dengan kotak gear automatik Super ECT enam kelajuan.
Sementara model hibrid pula menggunakan khidmat enjin empat silinder VVT-i bersesaran 2.5 liter berkuasa 160Ps dan tork 213Nm. Ia kemudian dipadankan dengan motor elektrik (143PS dan tork 270Nm). Kuasa itu dialihkan ke roda menerusi kotak gear e-CVT yang sangat lancar.
Toyota Camry hadir bersama jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had. Di samping jaminan bateri hibrid selama lapan tahun tanpa had perbatuan.