Artikel Pilihan

VOLKSWAGEN ADA IDEA UNTUK MEMANJANGKAN JANGKA HAYAT ENJIN DIESEL

Satu ketika dulu Volkswagen didapati bersalah dan didenda kerana terlibat dalam pemalsuan data dengan menggunakan perisian bagi memastikan kenderaan berkuasa diesel mereka lulus dalam ujian pencemaran alam sekitar. Kes ini turut melibatkan Audi, Porsche dan pelbagai jenama yang bernaung di bawah Volkswagen

Semenjak Volkswagen kantoi menipu ini, satu demi satu jenama mewah seperti BMW dan Jaguar meggugurkan pilihan enjin diesel dalam pilihan kenderaan mereka. Namun bagi kenderaan komersial, enjin diesel masih lagi digunakan sebagai pilihan enjin utama

Bagi Porsche, mereka memberikan fokus utama dalam pembangunan kenderaan elektrik seperti Taycan, Audi membangunkan e-Tron GT dan Volkswagen membangunkan VW ID4. Namun pada masa yang sama Volkswagen masih lagi komited untuk memanjangkan jangka hayat penggunaan enjin turbodiesel

Jadi Volkswagen akan memastikan enjin turbodiesel TDI mereka beroperasi denganleboh efisyen dengan bergantung kepada komponen bahan api biodiesel termasuklah dengan memperkenalkan bahan asas parafin dalam diesel. Ini termasuklah minyak sayuran, minyak masak, dan minyak cap kapak (ok ini tipu).

Dengan pengenalan unsur bahan api biodiesel ini, pengguna kenderaan diesel masih mampu mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida. Malah pelepasan gas beracun seperti gas karbon monoksida, partikel asap dan hidrokarbon tidak terbakar akan dikurangkan dengan ketara

Malah kebanyakan bahan api ini dihasilkan dengan tumbuh-tumbuhan yang akan menyerap gas karbon dioksida ketika membesar. Cetane atau faktor kualiti bahan api diesel juga adalah lebih tinggi serta bahan api ini juga meningkatkan kebolehan bahan api untuk bertindak sebagai pelincir di dalam enjin

Google ads
Back to top button