Artikel PilihanBuletin

VOLKSWAGEN ID 4, KERETA ELEKTRIK HABISKAN PERLUMBAAN NORA MEXICAN 1000

Antara stigma yang perlu dihadapi oleh pengeluar kereta elektrik ialah kereta elektrik manja, tak laju, tak lasak dan hanya sesuai untuk ke pasar sahaja bagi membeli ikan. Bagi membuktikan penyataan tersebut adalah salah sama sekali, pasukan rali Volkswagen menggunakan model EV ID 4 bagi mengharungi perlumbaan rali.

Fakta perlumbaan adalah seperti berikut:

1. Jarak perlumbaan adalah sejauh 1351km yang perlu dihabiskan dalam masa 5 hari di kawasan terpencil. Jadi masalah pertama ialah tiada poin pengecasan di sepanjang laluan perlumbaan. Ia bermula di Ensenada, melalui San Felipe, Teluk Los Angeles, dan berakhir di Ensenada

2. Volkswagen ID 4 ini disediakan untuk perlumbaan oleh Rhys Millen dengan memasang penyerap hentak rali, skid plate, tayar Yokohama Geolander 225/70 R18, kusyen perlumbaan Sparco 5 poin, roll cage dan satu set alat pemantaua n keadaan bateri. Lain lain semua standard.

3. Volkswagen ID 4 dikuasakan dengan bateri sebesar 82kWh yang membolehkan ia dipandu sejauh 402km. Semua kuasa dihantar ke roda belakang dengan menggunakan motor elektrik berkuasa 201 kuasa kuda dan 310Nm tork

4. Cabaran berlumba dengan sebuah EV ialah pemandu perlu menjimatkan tenaga sebaik mungkin, jika terlalu laju maka penggunaan tenaga menjadi terlalu cepat habis. Maka pemandu cuba mengekalkan purata 1kWh bagi setiap 2.57km. Halaju tertinggi yang dicapai ialah 172km/j

5. Vw ID 4 dipandu oleh pemandu profesionl dan juga duta Volkswagen sendiri iaitu Tanner Foust serta penulis Emme Hall. Cabaran pada hari pertama ialah penyerap hentak rali yang dipasang rosak memaksa pasukan ini kembali menggunakan pemyerap hentak OEM.

6. Urusan mengecas terpaksa dilakukan menggunakan generator elektrik biofuel berkuasa 50kW yang ditarik di atas sebuah trailer memandangkan laluan perlumbaan terletak di kawasan yang sangat terpencil. Masalah kedua ialah pacuan 2 roda yang digunakan oleh model ID 4 ini menyebabkan mereka tersangkut dalam lubang pasir.

7. Bagi memaksimakan penggunaan tenaga elektrik, pemandu perlu memberi perhatian kepada proses brek regeneratif bagi mendapat semua tenaga elektrik dari proses brek. Kadangkala ia perlu ditunda di belakang trailer semasa mengecas bagi menyudahkan perlumbaan. Peraturan perlumbaan membenarkan proses tersebut dibuat

8. Sepanjang perlumbaan berlangsung, Volkswagen ID4 boleh dipandu sejauh 200km bagi setiap pengecasan penuh dalam keadaan perlumbaan rali yang mencabar.

9. Volkswagen ID 4 tidak menang dalam perlumbaan rali pertama ini, tapi mendapat tempat 61 dari 64 penyertaan. 26 pelumba lain yang menggunakan enjin konvensional gagal menyudahkan perlumbaan

Google ads
Back to top button