" "
Buletin

VOLKSWAGEN ID.BUZZ GTX DIPERKENALKAN. VERSI VAN ELEKTRIK YANG LEBIH BERKUASA

Volkswagen telah memperkenalkan varian terkini model ID.Buzz GTX baharu, sebuah van elektrik yang mempunyai lebih kuasa yang dilengkapi dengan sistem pemacu prestasi yang berkuasa akan tersedia pada masa hadapan dengan pilihan, dua saiz bateri.

Selain daripada itu, varian yang lebih berkuasa daripada model ID.Buzz ini turut ditawarkan dengan pilihan lima, enam atau tujuh tempat duduk. Secara standard, Volkswagen ID.Buzz GTX ini juga didatangkan dengan pacuan semua roda 4MOTION untuk kuasa tarikan dan daya tarikan yang optimum dalam setiap situasi pemanduan.

Pada bahagian luaran, bampar telah direka baharu supaya lebih kelihatan sporty dengan menampilkan ciri khas GTX termasuklah rekaan gril berwarna hitam dengan bentuk honeycomb dan juga elemen saluran udara sisi baharu untuk memastikan penampilan yang dinamik dan tersendiri.

Lampu DRL pula diletakkan di bahagian bawah kiri dan kanan yang bersepadu dengan rekaan bampar. Lampu utama jenis LED juga kini didatangkan dengan fungsi Matrix sebagai ciri terkini. Rim aloi bersaiz 21 inci warna gelap ini mungkin kelihatan tidak terlalu besar jika dibandingkan dengan saiz ID.Buzz yang agak besar ini.

Dan layangan warna Cherry Red adalah ciri khas yang digunakan khusus untuk varian GTX sahaja, supaya lebih mudah untuk dikenal pasti dari jauh. Sebagai pilihan, pengguna juga boleh memilih layangan dwi tona warna, Mono Silver dan Cherry Red untuk sedikit kelainan.

Pacuan semua roda elektrik ID.Buzz GTX ini dilengkapi dengan dua motor elektrik bagi membentuk pacuan semua roda. Sungguh pun demikian, had kelajuan maksimum telah dihadkan hanya sehingga 160 km/j sahaja.

Motor elektrik yang dibekalkan dengan tenaga oleh bateri dalam dua saiz, yang boleh dicas semula daripada 10 hingga 80 peratus dalam 26 minit di stesen pengecasan pantas DC dengan sehingga 185 kW atau 200 kW (kapasiti pengecasan maksimum).

Terima kasih kepada kuasa tambahan dan juga sistem pemacu 4MOTION, ID.Buzz GTX kini berkeupayaan menarik beban treler di belakang sehingga 1,800 kg. Sistem 4MOTION menawarkan kelebihan daya tarikan yang lebih hebat apabila menunda treler pada permukaan basah atau tidak rata misalannya. Ianya pasti cukup ideal untuk menarik treler kuda atau pun bot kecil dibelakangnya tanpa masalah.

Perkakasan dan perisian baharu akan digunakan untuk varian GTX ini meliputi model standard wheelbase dan juga long wheelbase dengan paparan skrin infohibran bersaiz 12.9 inci (berbanding hanya 12 inci untuk varian sebelumnya) yang turut dilengkapi dengan kawalan arahan suara. Malah, sistem ini kini turut dilengkapi dengan fungsi kawalan suara ChatGPT. Bolehlah kot kalau nak buat ajak teman sembang kan.

BACA : BILA VOLKSWAGEN ID.BUZZ DIJADIKAN AMBULANS. COMEL

BACA : VOLKSWAGEN ID.BUZZ LAKU KERAS DI EROPAH

Google ads

B K

Back to top button