
BRC 2024 - CHRIS INGRAM JUARA PEMBUKA TIRAI MUSIM 2024. APA PULA NASIB PROTON IRIZ RALLY2?
Pemandu Chris Ingram bersama Juruarah Alex Kihurani meraih kemenangan pada perlumbaan pembukaan Probite Motorsport UK British Rally Championship (BRC) musim 2024, dengan menduduki tempat teratas di Legend Fires North West Stges pada hujung minggu baru ini.
Chris Ingram yang hanya memandu Volkswagen Polo GTi Rally2 menggunakan tayar Michelin miliknya melalui laluan mencabar di Lancashire dengan berjaya mencatat empat kali masa terpantas untuk memastikan kemenangan BRC sulungnya sekali gus membawa pulang mata maksimum dalam perlumbaan yang diilihat cukup menarik

Chris Ingram berjaya mempamerkan pemanduan yang cemerlang untuk perlumbaan pembukaan BRC ini apabila berjaya mendahului seawal peringkat perlumbaan di Beacon Fell untuk membuka rekod perlumbaan dengan kelebihan 5.9 saat sahaja di hadapan mantan juara empat kali BRC, Keith Cronin yang memandu Ford Fiesta Rally2. Namun Keith Cronin menghadapi masalah dengan tayar pancit serta handbrake dan gagal untuk mencabar kedudukan teratas untuk saingan berikutnya.

Mantan juara Junior BRC 2021 dan juga Junior WRC 2023 William Creighton yang berasal dari Ireland berjaya melakukan pecutan terakhir bersama jentera Ford Fiesta Rally2 yang disokong oleh Pirelli untuk memperoleh tempat kedua keseluruhan manakala Meirion Evans yang juga merupakan rakan sepasukan Chris Ingram berjaya menduduki podium ketiga bersama jentera Toyota Yaris GR Rally2 yang membuat penampilkan sulung di bumi UK.

Persaingan diantara William Creighton yang dilihat cuba untuk mengejar Chris Ingram namun gagal apabila pemandu kelahiran Manchester itu dilihat cukup konsisten untuk mengekalkan posisi pendahulu bersama jentera Volkswagen Polo GTi Rally2 menjadikan ianya adalah suatu perlumbaan pembukaan BRC yang cukup sengit selama beberapa tahun.
Dan William Creighton dilihat diantara pencabar utama musim ini selepas berjaya menduduki podium di West Cork Rally seminggu sebelumnya, apatah lagi beliau akan memandu jentera Ford Fiesta Rally2 bersama pasukan M-Sport Rally Team.
Sementara itu, Meirion Evans turut berjaya mempamerkan pemanduan yang cemerlang untuk menduduki podium ketiga walau pun beliau hanya sempat menguji jentera Toyota GR Yaris Rally2 selama beberapa kilometer sahaja sebelum perlumbaan berlangsung.

Pemandu jentera Proton Iriz Rally2, Ollie Mellors yang berpasangan dengan Juruarah Windress Ian pula menamatkan perlumbaan di tempat ke 10 keseluruhan sementelah sempat mengalami masalah tayar pancit.
Kredit Foto : FB BRC
BACA : TOYOTA GR YARIS RALLY2 DENGAN LIVERY CASTROL AKAN BERAKSI DI BRISTISH RALLY CHAMPIONSHIP
BACA : KELIBAT PROTON IRIZ RALLY2 DI BRITISH RALLY CHAMPIONSHIP MUSIM 2024