Buletin

VOLKSWAGEN SEMENYIH KINI DIBUKA!

Volkswagen Malaysia dan HICOM Auto Sdn. Bhd. hari ini melancarkan penambahan terbaru dalam rangkaian pengedaran Volkswagen – Pusat 3S Volkswagen Semenyih.

Volkswagen-Semenyih-3S-Centre-mekanika (1)

Ia Menjadi pusat 3S jenama Eropah yang pertama beroperasi di  kawasan Semenyih. Dengan perancangan keseluruhan dan pembinaan dimulakan pada Januari 2014, Volkswagen Semenyih kini sudah siap sepenuhnya. Ia mampu memenuhi keperluan pelanggan dari segi jualan serta selepas jualan seperti servis umum, diagnostik dan pembaikan utama.

Memiliki keluasakan 34,030 kaki persegi, Pusat 3S Volkswagen Semenyih dilengkapi 11 ruang penyelenggaraan, 1 ruang membasuh kenderaan dan 1 bahagian penerimaan.

Volkswagen-Semenyih-3S-Centre-mekanika (9)

Bilik pamerannya mampu mempamerkan lapan buah kenderaan bersama sebuah lounge untuk kegunaan pelanggan. Selain kakitangan jualan dan pengurusan, pusat 3S ini turut dikendalikan oleh 12 orang pekerja terlatih serta berpengalaman.

Dibina dengan pelaburan asal berjumlah RM10.7 juta oleh HICOM Auto Sdn. Bhd., ia melibatkan pembangunan keseluruhan, pembelian peralatan yang mendapat kelulusan Volkswagen, aspek selepas jualan, latihan dan menggaji kakitangan.

Volkswagen-Semenyih-3S-Centre-mekanika (6)

Pusat 3S ini dilihat berupaya memenuhi keperluan pelanggan di kawasan utara Lembah Klang, selain dari Semenyih, Kajang, Balakong, Putrajaya serta Nilai.

Sebagai satu bonus tambahan, pelanggan yang membeli sebuah Volkswagen daripada Volkswagen Semenyih akan menerima sekeping DRB-HICOM Elite Card. Ia merupakan kad kesetiaan multi jenama yang bertujuan menyediakan bantuan dan manfaat eksklusif kepada semua ahlinya menerusi penebusan produk dan perkhidmatan serta diskaun.

Volkswagen-Semenyih-3S-Centre-mekanika (7)

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, “Ini ialah bilik pameran keempat yang dilancarkan dalam suku pertama tahun 2016. Ia menjadi bukti jelas tentang usaha kami untuk menambah baik aspek selepas jualan.”

Pusat 3S Volkswagen Semenyih dibuka dari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8:30am hingga 7:00pm. Sementara pada hujung minggu dan cuti umum, bilik pamerannya dibuka dari pukul 10:00am hingga 5:00pm.

Volkswagen-Semenyih-3S-Centre-mekanika (2)

Perkhidmatan selepas jualan pula beroperasi dari Isnin hingga Sabru bermula jam 8.30am hingga 5:30pm. Pusat 3S ini dilengkapi pelbagai kemudahan seperti sebuah lounge, komputer untuk kegunaan pelanggan dan sebuah bar kafe. Perkhidmatan mengambil dan menghantar kenderaan boleh diuruskan untuk pelanggan yang membuat temu janji lebih awal.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads
Back to top button