
YAMAHA TRACER 700 DEBUT DI EROPAH!
Selepas memperkenalkan MT-09 Tracer tahun lalu, Yamaha kini tampil pula dengan model terbaharunya, Yamaha Tracer 700.
Penambahan terkini dalam keluarga MT Yamaha itu dilihat segai pencabar dalam segmen sport touring yang kian berkembang di Eropah.
Dibina atas pelatform model MT-07, Yamaha Tracer 700 memiliki beberapa kelainan. Misalnya, ia mempunyai swingarm lebih panjang (+50mm), tangki minyak besar (+3 liter), talan suspensi yang telah disemak semula, cermin hadapan boleh laras secara manual, tempat duduk dan lampu utama baharu serta pilihan kotak kargo.
Malah, jentera ini dikatakan lebih mesra touring berbanding model street MT-07. Ia juga nampak agresif menerusi beberapa elemen gayaan seperti pelindung tangan dan deflector pada bar hendal.
Sebagai sebuah jentera sport touring, suspensi belakangnya lebih panjang (142mm). Tapak roda juga lebih panjang (50mm) dengan tempat duduk lebih besar iaitu 835mm. Wave rotor pada kedua-dua tayar dan sistem berek ABS didatangkan sebagai ciri standard.
Aspek mekanikal bagaimanapun tidak berubah. Yamaha Tracer 700 masih menggunakan khidmat enjin bersesaran 689cc yang mampu menjana kuasa 75hp @ 9,000rpm dan tork 68Nm.
Di pasaran Eropah, Yamaha Tracer 700 ditawarkan pada harga bermula €7,895 (RM44,000), kenaikan agak signifikan berbanding MT-07 yang berharga €6,395 (RM35,700) seunit.
GALERI